My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!
Friday, April 27, 2012
Hari-hari yang berlalu.....
Wah! tanpa kusedari dah lebih 4 bulan aku tak update blog ni...ada ke orang yang malas macam aku ni? Tapi aku bukanlah malas, banyak aje aktiviti yang aku dah buat selama 4 bulan ni.....Tapi yang paling ketara ialah aktiviti melancong dan masak-memasak. Bukan3x.....bukan masak untuk hari-hari...itu sesiapa pun buat....ini yang aku nak cerita ni memasak untuk tempahan yang dibuat oleh orang lain.....
Sejak2 aku dah belajar buat kuih2 dengan Chef Asma ni......aku dah pandai buat kuih dah.......bolehlah....kata orang, takmalulah nak bawak ke tengah. Tak macam dulu,buat kuih kasui pun kereh....macam batu...adoyai..malunya, dah umur macam nih pun tak tau nak buat such a simple kuih! Now aku dah boleh buat kuih favourite aku, kuih talam keladi, serimuka, kuih lapis, beberapa lagi jenis talam yang agak baru macam talam Sekoteng China, talam Carrot dan yang seronoknya aku dah makin pandai buat karipap......yey!!!!!
Akhir2 ni aku dah tambah lagi satu minat dan pengetahuan aku...aku dah boleh buat buns....I tell you,dah berapa lama aku teringin nak buat bun, usah kata bun, pizza base pun terkial2 nak buat.....now Alhamdulillah, dah banyak kali buat dan ramai yang dah rasa....
Anak2 encourage me to belajar lagi dari Chef Asma tu,tak kiralah apa2 pun. Buat Westernke, frozenke, chocolateke......janji ada....Kata mereka seronok bila aku rajin buat macam2 makanan. Aik? Selama ni, aku malaske? Eh! Takkanlah....Diorang tu agaknya bosan dengan makanan yang sama sebelum ni. Maklumlah cekodok,nasik goreng, nasik lemak, mee dan mee hoon....Itulah saja!!!
Takpelah anak2.....ibu ni akan buat makanan2 yang kamu berdua mau tapi kalau 'naik badan' dont blame me,k?
Subscribe to:
Comments (Atom)