My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!
Thursday, May 23, 2013
Terimakasih WP
Pagi tadi aku pegi Wisma Putra untuk mendapatkan 'certificate of good conduct'. Certificate ni nak digunakan untuk mendapatkan visa buat anakku yang akan menyambung pelajaran ke luar negara . Aku memang tak pernah pegi Wisma Putra di Putrajaya ni, so aku tak tau exactly kat mana bangunannya. Berkeliling aku di sekitar Precint 2 dan di kawasan sewaktu dengannya dengan
menyusuri pejabat-pejabat kerajaan yang pelbagai di situ. Untuk mengeruhkan keadaan, sambutan Hari Belia bermula hari ini dan sambutannya dibuat di sekitar Precint 2 tu.Maka jalan pun dah mula sesak walaupun hari masih pagi
Dah penat berpusing-pusing, aku tak tahan lagi, mata aku melilau mencari insan-insan yang boleh diharapkan untuk membantu dalam pencarianku ini. HA! Itu ada polis, kataku pada anakku yang duduk di sebelah. Terus ku berhentikan kereta dan anakku menurunkan cermin tingkap untuk bertanya. Ok, dah tau kat mana, aku terus saja memandu mengikut direction yang diberikan oleh encik polis yang 'helpful' tu.
Dah sampai, aku park kereta di tempat yang telah disediakan. Kemudian pergi kat gate ambik 'pass' bagi membolehkan kami memasuki kawasan itu. Masuk saja kawasan lobby, aku terus menuju counter pertanyaan untuk mengetahui ke mana harus kami tuju. Baik dua orang staff yang ada kat situ. Diorang tolong kami menyusun document dan form yang harus kami serahkan, siap bagi paper clip untuk clip gambar atas borang permohonan lagi. Then kami di beritahu untuk ke counter lain bagi mendapatkan nombor.
Di sini juga terdapat 2 orang staff wanita yang juga sangat -sangat 'pleasant' Mereka bagi nombor dan check lagi skali document dan borang supaya all in order. Dah tu kami duduk bagi menunggu nombor kami dipanggil. Kami dua beranak sebenarnya dah bersedia untuk duduk menunggu untuk jangka masa yang lama. Syaz siap bawak i-pad untuk menghabiskan masa tapi apa yang terjadi, baru dia on i-padnya, nombor dia dah dipanggil. Dia bangun dan serahkan document serta rm 20 kepada staff wanita di counter 3. Seterusnya dia datang dan duduk kembali sambil memandang i-padnya. Walah....!!!!Tak sempat buat apa, nombor dipanggil sekali lagi dan semuanya dah selesai. Di tangannya dah ada certificate itu berserta resit pembayaran. Wah! Kami berdua macam tak percaya.........!!!!
Selama ini kalau berurusan dengan pejabat atau ajensi kerajaan, punyalah lama waktu menunggu yang diperlukan beserta keterpaksaan melihat muka staff-staff yang masam, rasa-rasanya kalau tak terpaksa tak payahlah buat urusan apa-apa pun dengan diorang. Tapi ini, walaupun orang yang datang untuk berurusan ramai, namun staff-staff di situ semua sentiasa tersenyum dan cekap sekali menjalankan tugas mereka. Macam nilah yang public nak, urusan lancar, masa yang singkat, cepat selesai, kita pun cepatlah keluar dari tempat tu, taklah menyibuk lama-lama......
Syabas ku ucapkan kepada kaki tangan WP2 dan aku harap satu hari nanti perkara sebaik ini akan menjadi budaya di setiap pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan mana-mana jualah, barulah sesuai dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju.........
Friday, May 10, 2013
Mencandat lagi (2013)......................
Tak taulah kenapa, aku minat sangat mencandat sotong ni. Tahun lepas aku pergi, balik aje, terus plan untuk tahun ni punya trip. Adik aku yang sorang ni pun sama je dengan aku minat dengan mencandat Nak kata senang, tak juga. Kalau nasib tak baik, berjam-jam tunggu, sekor pun tak singgah. Tahun lepas aku pergi mencandat dengan menyewa bot nelayan menangkap ikan, tapi tahun ni kami bijak skit, kami sewa direct kat tuan punya bot yang memang kerjanya bawak orang mencandat. Botnya lebih selesa.
Kami keluar ke laut agak lambat, ingatkan tak banyak bot yang ke laut mencandat, ropa-ropanya bila kami sampai port mencandat semua dah kena book. Punyalah banyak bot-bot sampaikan kami terpaksa berpuas hati dengan tempat yang dikenalpasti kurang ummph kerana tak banyak sotong.
| Pantai depan chalet |
| Otw to port mencandat |
| Aku dan adik |
| Santai2 hingga ke destinasi |
Dah lama kami dok menggoyang tali candat tu, tapi tak jugak dapat. Akhirnya kami cari port lain. Ini terjadi sebanyak 3 kali lagi. Port yang last tu barulah kami hilang mengantuk bila lepas sekor2 naik, ada jugak yang dapat sekali dua ekor. Tapi kejadian yang tak dapat dilupakan ialah sekumpulan ikan yang kelihatan seperti ikan merah datang menghampiri bot kami. Geramnya....nak tangkap tak dapat tak ada net atau tangguk. Tak lama tu sotong plak mengerumuni di sekeliling bot kami. Lagi sekali kami menyesal tak bawak tangguk.....dan sayang sekali aku sendiri tak teringat nak snap gambar sebab terlampau geram tengok sotong-sotong tu. Dekat tapi jauh!!!!Next time bawak net, jangan tak bawak....
Di akhir waktu mencandat, walaupun banyak masa terbuang tak dapat sotong, dan group2 lain dapat 70 -80 kg, kami dapat bawak balik 2-3 kg sorang, besar-besar lagi. Cukuplah Alhamdulillah.
| Siap2 nak naik bot |
| Dari bot |
| Boleh masak |
| Dia dah dapat, aku belum.... |
| First sotong yang aku dapat |
| Dia pun dah dapat jugak |
| Kari sotong yg Pok Joe masak utk dinner |
| Baru sampai |
| Hero ni pun nak tunjuk kemachoan |
Laos - 18 - 23 Apr 2013
Sepatutnya bulan Jan 2013, aku pergi ke Danang bersama-sama anak-anak. Kami memang dah lama plan trip ni, maklumlah susah nak dapat tiga-tiga beranak ni pergi luar dari Malaysia bersama-sama. Normally, aku dan Syaz akan travel bersama sementara Liy plak lebih selesa travelling dengan teman-temannya........Namun tanpa ada warning, aku tiba-tiba kena 'vertigo' attack, berputar-putar alam ni, muntah belilah sampai xde apa nak keluar lagi. Seminggu aku terlantar kat umah, anak-anak melarang aku berbuat apa-apa. Nasib baik masa tu Syaz belum bekerja. Kami minta opinion dari doktor pakar samada aku boleh travel atau tidak......dan yang aku tak suka nak dengar tu yang keluar dari mulut doktor tu...Sebaik-baiknya jangan, takut akan berulang lagi vertigo tu.......Adusssssss, aku iye-iye dah plan nak buat itu dan ini semasa di Hoi An, kini tinggal kenangan je lah. Duit pun hangus pasal AirAsia tak bagi duit hanya point aje yang sampai sekarang point - point tu x dapat dipakai lagi....
| Liy di Koh Phangan |
| Our room in Vang Vieng |
So, aku pun tunggu bulan April sebab aku dah book untuk ke Vientiane dengan Syaz. Selama 6 hari kami di sana, kami hanya sempat berkunjung ke Vientiane dan Vang Vieng sahaja. Teringin nak singgah di Luang Prabang kerana bila aku baca review, LP adalah lebih happening dari Vientiane. Tapi untuk ke LP dari Vientiane dengan menaiki bas memakan masa 10jam. Lama tu, nanti masa habis kat jalan, tu yang kami stick to VTN dan VV sahaja.
Semasa aku di VTN dan VV, seperti mana Thailand dan negara2 IndoChina yang lain, bilik hotel jauh lebih murah dari hotel-hotel di Malaysia. Namun, walaupun murah tapi bersih,kalau dibandingkan dengan hotel-hotel murah di negara kita ni. Makan plak, tak de masaalah kerana di VTN banyak kedai-kedai makan halal begitu juga di VV.
| Depan hotel di Vientiane |
| Pekan Vang Vieng |
| Ini cara kami melihat kawasan sekitar |
| Guna jambatan ni kena bayar tol |
Kat Vientiane kami cuma berjalan sambil melihat tempat-tempat menarik tp di VV kami sewa basikal untuk ke mana-mana. VV ini femes dengan 'tubing' mat sallehlah yg gila-gila buat ni. Kami plak cuba kayuh basikal untuk ke Blue Lagoon yg jauhnya lebih kurang 7 km dengan jalan yang berbatu-batu. Apalagi,pancitlah aku, dahlah panas terik, sehingga baju aku boleh diperah basah dek peluh. Agaknya mmg elok aku duduk kat situ, mesti cepat turun berat badan aku.......hehe.
Kenanganku......
Dah dua hari aku jadi supir. Hantar anak sedara ke sekolah dan jemput dari sekolah. Adik sepupu aku mintak tolong. Dia tak dapat nak hantar sendiri sebab dia jaga periksa (invigilate) dari pagi hingga ke petang. Kalau aku tak boleh tolong, terpaksalah anak buah aku ni ponteng. Sekolah tu jauh, tak larat nak jalan atau naik basikal. Perkhidmatan bas pun tiada. Jadi aku pun tolonglah. Itu pun nasib baik sebab ada kereta. Anak aku kerja malam so siang kereta dia tak guna. So aku pun jalankan tugas aku dengan penuh dedikasi. Di akhir dua hari itu, aku diberi upah yang aku rasa tak perlu pun kerana pertolongan aku tu kecil sangat. Tapi sepupu aku ni bersungguh-sungguh nak aku ambik duit tu. Mungkin dia memikirkan aku ni bukan orang banyak duit..., minyak, tenaga dan masa aku dah gunakan untuk menolong dia. Akhirnya selepas bertolak-tolak (yelah...kita kena basa-basi jugakkan, takkan nak ambik terus bila orang hulur....orang Melayulah katakan....)aku pun terima. sebenarnya, bukan itu yang aku nak cite kat sini.....aku cuma terkenangkan zaman aku bersekolah dulu. Waktu aku sebaya dengan anak buah aku ni................
Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Musim hujan kehidupan kami lebih parah. Lit/abah tak boleh kerja. Dia cuma mengait buah kelapa untuk dihantar ke kedai untuk mendapatkan sedikit beras. Pokok kelapa pun bukan banyak, ua tiga batang di keliling rumah aje, so kadang-kadang dapatlah sekilo dua beras, lauknya dah pasti hanya sayur-sayur kampung yang ada di belakang rumah atau nangka muda minta dari jiran. Bagusnya dulu orang tak pandai nak berniaga sangat, so nak nangka muda, pisang muda atau ubi kayu, kalau tak ada tanam sendiri, boleh minta dari jiran-jiran. Sekarang.......kalau minta, orang akan pandang semacam, next kita minta, cepat-cepat dia kata tak ade.......
Acap kali juga sebenarnya kami sekeluarga kena makan bubur saja dan mak selalu ceritakan bagaimana sorang adikku yang waktu itu masih kecik terpaksa tidur dengan perut yang berbunyi-bunyi akibat tak ada makanan yang tinggal, tau-tau jelah, kami yang sedang membesar dan makanan pulak terhad sehingga tak tau yang makanan kami habiskan tanpa ada yang tinggal untuk adik dan mak. Alhamdulillah, sekarang dialah antara adik-adikku yang hidup dengan mewah.....
Itulah antara kenangan yang masih segar dalam ingatanku ini. Kenangan yang pasti akan ku bawa hingga akhir hayatku, kenangan yang selalu menginsafkan aku, seandainya aku mula mengeluh bila memikirkan kepayahan hidupku sekarang.............
Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Musim hujan kehidupan kami lebih parah. Lit/abah tak boleh kerja. Dia cuma mengait buah kelapa untuk dihantar ke kedai untuk mendapatkan sedikit beras. Pokok kelapa pun bukan banyak, ua tiga batang di keliling rumah aje, so kadang-kadang dapatlah sekilo dua beras, lauknya dah pasti hanya sayur-sayur kampung yang ada di belakang rumah atau nangka muda minta dari jiran. Bagusnya dulu orang tak pandai nak berniaga sangat, so nak nangka muda, pisang muda atau ubi kayu, kalau tak ada tanam sendiri, boleh minta dari jiran-jiran. Sekarang.......kalau minta, orang akan pandang semacam, next kita minta, cepat-cepat dia kata tak ade.......
Acap kali juga sebenarnya kami sekeluarga kena makan bubur saja dan mak selalu ceritakan bagaimana sorang adikku yang waktu itu masih kecik terpaksa tidur dengan perut yang berbunyi-bunyi akibat tak ada makanan yang tinggal, tau-tau jelah, kami yang sedang membesar dan makanan pulak terhad sehingga tak tau yang makanan kami habiskan tanpa ada yang tinggal untuk adik dan mak. Alhamdulillah, sekarang dialah antara adik-adikku yang hidup dengan mewah.....
Itulah antara kenangan yang masih segar dalam ingatanku ini. Kenangan yang pasti akan ku bawa hingga akhir hayatku, kenangan yang selalu menginsafkan aku, seandainya aku mula mengeluh bila memikirkan kepayahan hidupku sekarang.............
![]() |
| Mak/ibu/umi dan abah/walid |
![]() |
| Nilah aku masa kecil2 dulu, dengan mak, abang dan makcik. |
Thursday, May 9, 2013
Putrajaya
Ni bukan ape, kitorang pegi kenduri kawin sedara kat Salak Tinggi. On the way balik, saje singgah kt precint 11 berhampiran Mesjid Besi untuk minum petang. Terimakasih adikku Syuhaida!
| Dia ni kemana aku pergi, nak ikutlah dia. |
| Dah kata dah, pasal posing no satu |
| Baby Ayra yg boyish. |
| Si comel Aleeya |
| Mesjid indah |
| Adikku Mimi dan cucunya. |
Sabah oh Sabah
Sebelum ni aku dah pernah pergi Sabah that is Kota Kinabalu dengan my two girls. Seronok weh.......memang tak cukup 3 hari dua malam tu. Dalam hati dah janji nak datang lagi. So bila my mom nak bawak abang dan wifey dia pegi Sabah, I pun offer diri untuk jadi tourist guide cum penjaga kebajikan 3 orang ini......cey wah!!!!!
| Me and my mom on the first night in KK |
| My brother and wifey. |
Kami jugak singgah untuk menyaksikan upside-down house yang aku rasa tak berbaloi lansung. Dahlah 'mem besar' masa tu dah mula tarik muka. I guess dia dah start rasa penat dan sakit kaki, kot..........Rancangan nak pegi makan seafood kat Luyang terpaksa cancelllll. Sampai balik kami tak dapat pegi makan seafood tu. Nasib baik masa aku pegi mula-mula dulu aku dapat makan sepuas-puasnya maklumlah murah......
| On the way to Kundasang |
| Gunung Kinabalu |
| Guide pun nak jgk posing |
| Mem ni pantang suruh pose |
| Romeo n Juliet yg jarang berpisah |
| Tengoklah Romeo tu, bkn main lagi senyumnya!!! |
| Nilah rumah terbalik tu..... |
Anak-anak..........
Anak-anak zaman sekarang ni beruntung sangat, apa je minta......, dapat. Tak hari ni, esok! Tak macam zaman aku kecik-kecik dulu, punyalah susah, sampaikan pergi sekolah ada tambang one way aje, another way pandai-pandailah, nak jalan kakike? nak menyorok dari kondakter bas supaya tak payah bayar tambangke? atau pinjam dari kawan....Belanja memanglah takde. Hari-hari (kisah ni masa aku Form 4&5)aku bangun pukul empat, masak nasi dan buat sambal telur ayam kampung untk buat bekal. Dapur rumah kat luar, dapur kayu........sambal yg aku buat tu betul-betul letak bawang skit, cili giling dan garam. Telur plak mmg sentiasa ada hasil dari ayam-ayam yg abah pelihara. Hari-hari itulah yg aku buat untuk dibawa ke sekolah, tak jemu-jemu.....yelah nak jemu camne, itulah yg ada, klu xnak, tak makanlah di sekolah nampaknya.
Berlainan dengan anak-anak sekarang. Contoh: anak-anak buah aku, bila teringat nak naik aeroplane terus mintak, tak kisahlah bila, tapi pasti akan dapat. Tu belum cite pasal nak makan itu dan ini, nak barang-barang yang macam tu dan macam ni. Awal tahun aku bawak diorang pergi JB (of course dengan mak dia), hanya untuk semalam bcoz diorang nk naik aeroplane.
Gambar-gambar kat atas nih aku amik kat hotel lobby.
| Senai Airport o |
Yg sikecik ni menangis nak pergi tepi laut malam-malam buta, so nk buat camne, bwklah kt stulang laut.
Subscribe to:
Comments (Atom)

