Dah dua hari aku jadi supir. Hantar anak sedara ke sekolah dan jemput dari sekolah. Adik sepupu aku mintak tolong. Dia tak dapat nak hantar sendiri sebab dia jaga periksa (invigilate) dari pagi hingga ke petang. Kalau aku tak boleh tolong, terpaksalah anak buah aku ni ponteng. Sekolah tu jauh, tak larat nak jalan atau naik basikal. Perkhidmatan bas pun tiada. Jadi aku pun tolonglah. Itu pun nasib baik sebab ada kereta. Anak aku kerja malam so siang kereta dia tak guna. So aku pun jalankan tugas aku dengan penuh dedikasi. Di akhir dua hari itu, aku diberi upah yang aku rasa tak perlu pun kerana pertolongan aku tu kecil sangat. Tapi sepupu aku ni bersungguh-sungguh nak aku ambik duit tu. Mungkin dia memikirkan aku ni bukan orang banyak duit..., minyak, tenaga dan masa aku dah gunakan untuk menolong dia. Akhirnya selepas bertolak-tolak (yelah...kita kena basa-basi jugakkan, takkan nak ambik terus bila orang hulur....orang Melayulah katakan....)aku pun terima. Sebenarnya, bukan itu yang aku nak cite kat sini.....aku cuma terkenangkan zaman aku bersekolah dulu. Waktu aku sebaya dengan anak buah aku ni................
Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.......tak ada yang berlebih, kurang adalah!!!! Keluarga kami ada tujuh orang yang Lit nak bagi makan. Dulu-dulu bukan macam sekarang, kerja senang nak dapat....kerja pun tak ade, nak buat camne?
Bila aku masuk Form 1, sekolah jauh,kena naik kenderaan. Samaada bas atau kereta. No choice, aku terpaksa tumpang pakcik aku yang memang mengajar di sekolah itu. Oleh kerana tak ada duit nak bayar tambang, aku terpaksa membuat kerja-kerja yang disuruh. Cuci kereta, siram bunga, menyapu halaman rumah, cuci longkang, gosok lantai simen dalam rumah dia dengan hampas kelapa,angkat air perigi untuk mandi 3 orang anak dia dan isterinya yang baru melahirkan, pijak kakinya yang selalu lenguh dan apa-apa ajelah yang diperintahkan. Aku terpaksa buat tanpa boleh membantah kerana aku tau aku tak ade jalan lain untuk ke sekolah kalau tak menumpang kereta pakcik aku nih.......Itu belum lagi perut aku yang selalu dicubitnya bila anaknya yang muda sedikit dari aku membuat sesuatu yang salah di sisi pakcikku ini! Aku yang kena, walaupun aku tak tau ape-ape, rationalnya, aku mesti jaga anak dia, so kalau anak dia buat salah, aku yang kena ambik tanggungjawab tu!!!!!
Aku dapat jugaklah upah, setelah bertungkus-lumus membuat kerja-kerja di rumahnya, 30sen.....ya, 30sen yang akan diberi oleh makcikku, setelah aku selesai menjalankan tugas..........lepas tu aku balik rumah keletihan, mengulangkaji pelajaran pun tak!
Aku jugak sering ditinggalkan di sekolah. Masa balik, aku cari-cari kereta dia, tapi tak ade. Kekadang adalah yang datang bagitau yang pakcik aku nih pergi meeting.. So aku pun tunggu sampai petang dengan perut yang lapar...maklumlah takde duit belanja. Ada hari-harinya, dia suruh balik sendiri...nilah waktu yang membuat aku menggelabah.....kena cari sesapa aje nak pinjam duit tambang, kalau tak, macam mana nak balik? Pernah aku jalan kaki, sampai rumah....tapi masa tu taklah rasa ape, umur belasan tahun, mana tau sakit atau tak larat...redah aje........!
Bila aku teringat balik kisah-kisah dulu dan aku banding-bandingkan dengan bebudak sekarang, untung sangat jadi bebudak sekarang. Yelah, macam anak buah aku tu, takde kenderaan sendiri, boleh cari orang lain hantarkan dia ke sekolah. Bukan saja ibubapanya ada duit, tapi tiap-tiap rumah sekarang ni, at least ada sebuah kereta, so, senang-senang boleh mintak tolong......Pulang kat dia orang je samaada nak belajar atau tidak. Begitu juga dengan kemudahan pelajaran. Takde duit nak belajar, kalau bijak, ada biasiswa, kalau tak, ada loan, tak pun, ada PTPTN.....kan senang tu...Pilihlah apa course yang nak buat, semua ada.....Aku dulu, kalau bab-bab belajar ni, boleh tahan, taklah genius, tapi bolehlah! Tapi makku sampai berdoa agar aku jangan terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh kerana dia tau, tak ada duit untuk menghantar aku belajar di situ......sedih aku.......
Sekarang nih, time aku dah habis, kalau aku nak belajar pun, aku belajar buat talam aje...tapi untuk anak-anakku, selagi mereka mahu, selagi mereka boleh, aku akan support mereka. Syaz memang masih di uni. Liy terpaksa berhenti belajar dahulu untuk memastikan perjalanan Syaz tak terganggu. Tapi InsyaAllah, Liy akan menyambung pelajarannya pula. Aku sebagai ibu mereka akan sentiasa memberi galakan pada anak-anakku untuk belajar. Aku berdoa pada Allah agar mempermudahkan perjalanan kehidupan anak-anakku dan jangan mereka melalui apa yang pernah aku lalui dulu....Amin.
My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!
Tuesday, October 11, 2011
Monday, October 10, 2011
Aku masuk kelas............
Lama aku tak update blog ni. Busy sikit...maklumlah....mencari rezeki. Bukanlah aku ni dah pergi bekerja sekarang ni, cuma ada pulak yang mengorder makanan. Taklah banyak, tapi dek aku ni buat sorang-sorang......tonggang-langganglah jugak. Planning kerja, cost and nak cari resepi tersedap (walaupun kekadang, buat-buat, tapi tak sedap), semuanya memerlukan masa. Dari pergi pasar utk membeli barang-barang, menyiang, membersih sampailah memasak, sampailah menghantar kepada customer....akulah sendiri yang buat. Tak cukup itu, aku juggle dengan nak jaga anak-anak buah aku, anak-anak aku sendiri, kekadang emak aku pun 'enter frame', nak mintak antar mana-mana..........itulah yang membuat aku yang dah setengah abad nih tak berdaya nak pikir apa-apa untuk updatekan blog! Bila malam aje, ingatan aku pada bantal.......'Road to Rome' aku pun, dah tak ku pedulikan lagi..........
Untuk menambahkan skop dalam menyediakan makanan yang bolehku buat, aku pergi kelas membuat kuih talam pada 8/10/2011 yang lepas. Mula aje kelas ni, aku pun terasa menyesal yang amat sangat kerana tidak pernah terpikir untuk menyertai kelas-kelas seperti ini dari dulu. Aku minat nak masak kuih-kuih ni, tapi memang tak berbakat.....selalu buat untuk keluarga, tapi.....tak pernah memuaskan hati, rasa sedap tapi rupa....hampeh!!!!! Jelous sangat tengok orang buat kuih cantik-cantik especially talam. Bazaar Ramadhan Beranang adalah tempat aku suka pergi sebab ada seorang adik nih yang sangat pandai membuat talam-talam. Juadah yang dijualnya hanyalah talam-talam.
Yang menyertai kelas talam kali ini 19 orang. Sangkaanku, akulah yang datang dari tempat yang terjauh, ropa-ropanya, ada lagi yang jauh, dari Melaka, dari Terengganu dan dari Medan, Indonesia!!! Aku berkenalan dengan seorang usahawan dari Serdang. Puan Hamidah, walaupun masih berkerja, tapi telah pun mempunyai sebuah restoran yang diusahakan bersama-sama suaminya. Menurut katanya, dia dah pergi ke merata tempat untuk belajar membuat kuih-muih dari berbagai orang termasuklah Florence Tan......Terkedu aku kerana bila aku decide nak joint kelas ni, aku rasa macam akulah orang yang sungguh berusaha untuk memajukan diri.......itu baru nak joint......orang lain kelas after kelas dan dah banyak mengaut keuntungan dari hasil kerja mereka.........mana taknya menurut kata Chef yang mengajar tu, sebiji talam boleh dijual dengan harga rm 35!!!!
Aku suka sangat nak mencuba apa yang ku pelajari lebih-lebih lagi Syaz amat supportive dalam hal ini. Semangat dia lebih kuat dari aku sendiri....Dia bersusah-payah menemankan aku sehari suntuk mencari barang-barang untuk mencuba skill aku dalam membuat kuih kali ni. Dia juga sanggup membantu aku meng'enquire' dari cafe tempat dia belajar kalau-kalau boleh aku hantar kuih untuk dijual.....kini cuma menunggu aku memahirkan diri sebelum aku confident untuk berniaga......Liy pulak, bukan tak support, tapi dia dengan cara yang lain, dialah yang membayar duit untuk joint kelas nih..........! Baik anak-anak aku. Liy dah suruh aku pergi belajar part yang seterusnya........tapi aku nak cuba buat yang aku dah belajar dulu, barulah nak sambung lagi.....
Yelah, satu yang pasti.....apa-apa pun, kerja keras, semangat yang kuat, tabah, sanggup menghabiskan masa untuk mempelajari satu-satu benda baru hendaklah ada, jika mahukan kejayaan dalam apa-apa jua bidang. Macam aku nih, keinginan ada, tapi semangat tu, kurang kekentalannya....mudah luntur.....aku mengaku! Doaku, supaya usahaku diberkati Allah dan semuga aku berjaya dalam apa yang ku buat....Amin.....!!!!
Monday, September 19, 2011
Kalau dah sakit............!!!!!!
Pagi ni aku hantar ibuku ke Hospital Selayang lagi. Kali ni pegi check mata dia yang x berapa nak clear tu. Mak tuan, darilah pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang baru sampai ke rumah. Nak kata orang ramai sangat, tak juga.....tapi nak menunggu dapat masuk jumpa doktor tu......berjanggut!!!! Yang lebih kesian lagi, ibuku....orang tua tu dahlah x sihat sangat, kalau nak ikut xlarat nak pergi. Tapi bila dia ingat betapa lamanya menunggu nak jumpa doktor selepas buat appointment, terpaksa jugalah dia pergi. Yang xtahannya, dah berjam-jam tunggu, bila dah masuk bilik doktor dan buat pemeriksaan, doktor kata x boleh buat apa-apa, faktor umur dan cataract baru sikit. Dia bagi janji-temu setahun lagi.....nak tunggu baru tebal lapisan cataract tu kot??? Ntah aku pun xtahu.....xdibenarkan masuk. Kalau ada hal penting barulah dia orang akan panggil. Terfikir juga aku, mengapalah xdiberi keutamaan kepada warga2 emas ini untuk berjumpa doktor tanpa harus menunggu sebegitu lama.
Malam ni Mimi called. Mimi ni adik aku. Dia orang hospital gak, tapi Hospital Putrajaya. Dia ajak aku pergi Seremban, ke ladang herba Seremban untuk mencari 'Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake grass' yang dikatakan berkesan untuk mengubati cancer, high cholesterol, high uric-acid, high sugar in blood dan lain2 highlah lagi. Aku ni sebenarnya baru je check darah dan didapati ada high uric-acid hasil dari makan rendang sepanjang bulan Syawal dan yang juga menyumbang kepada cholesterol yang berada di 'above border line'. Aku dah Google pasal daun belalai gajah ni dah dapat some infos mengenainya. Terimakasih pada blog 'kongsibersamanora.blogspot.com', dapat aku belajar berkenaan daun herba yang sangat sukar ditemui sekarang yang merupakan khazanah di bumi Allah yang semakin dilupai sekarang. Kan kita ni macam tu, kalau x tersepit x peduli untuk belajar/mengetahui sesuatu misalnya bila dah ada penyakit macam aku nih barulah nak search untuk dapatkan info.........bagusnya ada internet kan? Maklumat di hujung jari..........Masa aku muda2 dulu, xpernah pun terfikir akan ada internet......menyesallah jugak, dah tua2 baru nak belajar. Tapi at least adalah jugak dapat peluang tu (ini nak sedapkan hati!). Ramai kengkawan aku yang tak pernah tau nak guna computer pun, usah kata nak cari info dan sebagainya.........!
Aku berharap hari Sabtu ni, aku boleh pergi ke Seremban untuk mendapatkan daun belai gajah ni. Harap2 aku dapat menyiapkan order rendang daging dan ayam untuk hari tu lebih awal ........!!!!!!!
Malam ni Mimi called. Mimi ni adik aku. Dia orang hospital gak, tapi Hospital Putrajaya. Dia ajak aku pergi Seremban, ke ladang herba Seremban untuk mencari 'Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake grass' yang dikatakan berkesan untuk mengubati cancer, high cholesterol, high uric-acid, high sugar in blood dan lain2 highlah lagi. Aku ni sebenarnya baru je check darah dan didapati ada high uric-acid hasil dari makan rendang sepanjang bulan Syawal dan yang juga menyumbang kepada cholesterol yang berada di 'above border line'. Aku dah Google pasal daun belalai gajah ni dah dapat some infos mengenainya. Terimakasih pada blog 'kongsibersamanora.blogspot.com', dapat aku belajar berkenaan daun herba yang sangat sukar ditemui sekarang yang merupakan khazanah di bumi Allah yang semakin dilupai sekarang. Kan kita ni macam tu, kalau x tersepit x peduli untuk belajar/mengetahui sesuatu misalnya bila dah ada penyakit macam aku nih barulah nak search untuk dapatkan info.........bagusnya ada internet kan? Maklumat di hujung jari..........Masa aku muda2 dulu, xpernah pun terfikir akan ada internet......menyesallah jugak, dah tua2 baru nak belajar. Tapi at least adalah jugak dapat peluang tu (ini nak sedapkan hati!). Ramai kengkawan aku yang tak pernah tau nak guna computer pun, usah kata nak cari info dan sebagainya.........!
Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser
Aku berharap hari Sabtu ni, aku boleh pergi ke Seremban untuk mendapatkan daun belai gajah ni. Harap2 aku dapat menyiapkan order rendang daging dan ayam untuk hari tu lebih awal ........!!!!!!!
Wednesday, September 14, 2011
Europe...oh Europe!
Hari ni tetiba aku teringatkan kisah dulu2. Kisah aku travelling bersama2 family.....Aku ni memang kuat berjalan. Kata ibuku, kalau pasal berjalan semua jadi baik. Badan sakit jadi sihat, kaki lemah jadi kuat, abis2 kurang duit pun bukan menjadi penghalang untuk melihat-lihat negeri orang.
Sebenarnya siang tadi aku menonton program 'Jurnal Kembara' bersama Haliza Misbun sebagai hostnya. Dia telah ke Paris dan negara2 di Eropah untuk bertemu dengan students dan rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Aku teruja sangat sebab aku pernahlah menjejakkan kaki dibeberapa tempat yang dikunjunginya. Tempat2 seperti Brugge, Gent belum dapat kulupakan lagi. Aku juga pernah menjejakkan kaki di Bandaraya Paris. Kami melawat tempat2 ini dalam masa yang singkat, 4 hari saja walaupun kami melancong kali itu selama 15 hari kerana selebihnya kami berada di Kota London.
Aku mengagumi bandar2 warisan seperti Brugge kerana di sini kita dapat melihat bagaimana bangunan2 lama yang cukup terpelihara yang menjadi kebanggaan mereka. Bukan saja bandar yang tidak seberapa besar ini cantik, bersih dan sungguh indah dengan bangunan2 lamanya, masyarakat mereka juga friendly dan helpful. Aku teringat peristiwa bagaimana kami sekeluarga yang baru sampai ke bandar kecil itu dengan menaiki bas. Walaupun kami tidak pernah menjejakkan kaki di situ, kami terus menggunakan perkhidmatan bas dari station keretapi kerana ia jauh lebih murah dari teksi (maklumlah budget x banyak). Malangnya kami tak tahu tempat nak turun untuk ke hotel yang telah kami tempah. Si pemandu bas bila mengetahui yang kami dah terlepas tempat turun sepatutnya ( memandangkan hanya kami sefamily saja yang ada di dalam bas dan bas dah sampai ke destinasi akhir), sanggup menghantar kami semula ke tempat sepatutnya dengan berpatah balik dan memastikan kami sampai ke hotel yang kami tempah itu..........Agak jauh juga perjalanannya......namun beliau melakukan dengan gembira sekali. Mungkin mereka sedar pelancong2 inilah yang menjana pendapatan untuk kebanyakan penduduk di situ.
| Mereka masih dibangku sekolah |
Pengalamanku ketika di Paris juga menyedarkan aku bahawa di kota Metropolitan yang besar dan gah ini, masih dipenuhi insah2 yang prihatin yang sanggup 'go all the way' membantu yang memerlukan. Bayangkan, kami pergi on our own, xde kawan, xde kenalan, x join tour group. Bak kata orang memandai-mandai sendiri je. Dah tu, kami tidak tau French. Tak tau tempat, xbuat research di internet sebab time tu kami x tau sangat berinternet ni!!! Nak tanya orang, nak jumpa satu yang tau English pun susah. Ada yang tau sepatah2 dan cuba nak membantu tapi oleh kerana halangan bahasa itu, tidak juga dapat yang dicari. Waktu itu hari dah semakin gelap, maklumlah winter time. Hati di dalam tuhan je yang tau menggelabahnye. Maklumlah anak gadis dua orang yang dibawak, hotel yang ditempah tak tau di mana. Scene ini sebenarnya di train station.....Akhirnya muncullah sorang hamba Allah ni yang perasan kami yang tercangak2 nk beli tiket pun x boleh pasal xtau bercakap French. Dia menegur (of course dalam Englishlah) dan membawa kami ke kaunter tiket dan kemudian ke platform yang betul. Katanya dia akan menaiki train yang sama dengan kami, cuma dia harus turun terlebih dahulu dari kami.
| Trafalgar Square |
| Depan rumah sepupu |
Di sepanjang perjalanan dia berbual dengan kami dan memberitahu yang dia adalah seorang penyanyi. Setelah lama berbual, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan hingga ke station di mana kami harus turun dan kemudian dia berpatah balik untuk sampai ke tempatnya. Terharu sungguh bila dapat bertemu orang yang sebegini...........dan terkilan kerana tidak bertukar2 email address untuk berhubung terus dengannya. Disebabkan kesukaran yang kami tempuhi di Paris kerana tidak tau berbahasa French, kedua2dua anakku mengambil keputusan untuk belajar bahasa tersebut dan sekarang mereka dah boleh bertutur dengan baik. Bolehlah pergi lagi nampaknya ni!!!!!!!!!!
Banyak lagi kenangan2 manis yang kami lalui semasa 15 hari kami berada di UK dan Europe. Nak cerita, panjang sangatlah pulak. Cuma yang aku enjoy terlebih2 tu adalah waktu memasak. Sayur2, buah2an dan makanan2 lain seperti ayam dan daging memang fresh....seronok sangat time tu.........! Lagi satu, bila terdengar lagu Dido - White Flag, rasa semacam aje terkenangkan waktu kami di sana sebab lagu tu sedang popular waktu tu kat UK......
Aku xtau apa orang pikir bila baca tulisan aku nih. Mungkin ada yang ingat aku ni mengagung2kan tempat orang sedangkan tempat sendiri xkurang cantiknya. Betul, aku setuju, tapi sepatutnya kita lebih peka dalam hal memulihara bangunan warisan kita. Contoh yang aku dapat bagi, Bangunan Sultan Abdul Samad/ mahkamah berhampiram Dataran Merdeka. Bukankah itu bangunan yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan? Tapi cubalah lihat dan tinjau keadaan di dalamnya? Amat menyedihkan, sedangkan kawasan itu adalah kawasan yang paling popular bagi para pelancong. Kita dah lama tahu pelancongan amat penting dalam menjana pendapatan negara, tapi masih kurang usaha dan kesedaran dalam hal2 membabitkan pemuliharaan bangunan2 lama. Yang dilebihkan adalah pesta menari-nari di tengah jalan yang nampak sama saja bila2 pun pesta itu diadakan!!!!!!
Adoyyaiiiii!
Tuesday, September 13, 2011
Cerita Raya 2011
Hari ni dah lebih kurang dua minggu kita beraya....cepatnye masa berlalu....rase baru aje aku sibuk nak membuat persiapan menyambut hari gumbira itu.....!
| Jangan main-main, carpet shaggy merah lagi! |
| Keluarga Md Nor yang besar. |
| 7 adik-beradik. |
| Berlumba nak sayang ibu. |
Dari situ kami beraleh ke rumah neighbor plak....yang pasti 'asam laksa' adalah hidangan wajib di rumah ini.
| Syaz anak manjaku - mencium tangan |
| Ciuman ibu pada anak tersayang. |
| Inilah anak2ku. Yg ber t-shirt kuning tulah Abu! |
| Liy and her friends from India |
Raya kedua, kami ada tamu2 yang memang kami 3 beranak nanti2kan. Keluarga Lim dan Gan. Family ini sudah kami kenali selama 12 tahun. anak2 mereka, E-link atau ku panggil Comoi, William atau Abu dan Arnold atau Anok sudah seperti anak2ku sendiri. Sebenarnya ke3 mereka ni aku baby-sit dulu, Comoi semenjak umur 1 1/2 bulan lagi dan terus hinggalah yang ketiga. Bukan setakat jaga saja, aku pernah menjadi supir mereka untuk pergi balik sekolah. Tapi aku xkisah. Mereka keluarga baik-baik walaupun berlainan bangsa dan agama dengan kami. Merekalah keluarga kami waktu itu kerana aku jauh dari kelurga sebelahku manakala my ex mak mertua bukan ramai ahli keluarga...pun jauh jugak!!!!!! Aku teruja sangat bila melihat si Abu yang bertambah montel tu!!!!!
Hari2 seterusnya aku berziarah terus-terusan. This time sampai Kuantan dan terus ke Terengganu. Biasalah, aku ni kalau ajak berjalan xkiralah makan anginke, rayake....lagi pun aku minat sangat 'long drive' ni.....So aku pergi ke rumah besan adikku di Kuala Trengganu...raya sakan aku................
Ni umah adik-beradik belum lagi nih....diorang ada yang dah buat plan nak buat weekend yang akan datang ni. Kalau sihat dan xde ape2, InsyaAlah aku akan pergi beraya LAGI!!!!!!
Cite aku ni biasa2 aje. Semua orang pun begitulah lebih kurangnya cara menyambut hari lebaran yang mulia itu. Apa yang aku realised adalah, dalam keadaan mana sekali pun, pasti akan ada orang di sekeliling yang menyayangi dan menyokong kami untuk terus hidup dengan gembira. Raya tetap akan kami sambut seadanya. Walaupun serba kekurangan tapi kegembiraan yang hadir tidak mengira kekurangan material itu. Malah kami lebih bersyukur kini dengan apa yang kami ada kerana semuanya atas titik peluh kami sendiri.
Alhamdulillah...............
Friday, September 9, 2011
Apa dah jadi dgn blogku?????
Alamak...! bertawon-tawon aku tak tulis ape2 kat sini....nape ah? Ntah aku pun tak tau...Aku lupa kot aku ni ada benda alah nih.....BLOG???.....hehehe. Maklumlah semenjak dua menjak nih dah makin pelupa...faktor umur kot. Ni pun tetiba je aku teringat kat blog aku yg adalah satu dua kali aku taipkan apa yg ada di hatiku ..... Pernah jugaklah aku plan nk buat macem2 dgn blog ni, maklumlah bila dah baca blog orang lain yg menjana pendapatan.....Yelah, memang patutnye aku ikut macam orang lain tu, buat blog dapat duit...tapi otak aku ni dah bengap kot....tak tau ape aku nk buat untuk cari duit...dahlah memang xde income...tak kerjalah katakan!!!! Tiap2 hujung bulan harap anak hulur.Kadang2 kesian jugak tengok anakku yang sorang nih.....dalam usia muda dah memikul tanggungjawab besar.......menjaga aku ibunya dan sorang adik yang sedang belajar di Medical School.....kan berat tu.......! Tapi dia memang anak yang baik. Penuh keikhlasan dijalankan tanggungjawabnya itu. Walaupun kekadang aku terdengar dia mengeluh...bukan kerana terpaksa memikul semua tapi kerana ketidak -puasan hatinya, tidak dapat memberikan yang lebih baik kepada kami berdua sedangkan bagi diriku dan aku percaya bagi adiknya juga, kami cukup bersyukur atas apa yang ada dan kami gembira dengan kehidupan kini......
Ya Allah berkatilah kehidupan anak2ku dan Kau murahkan jugalah rezeki mereka,
Permudahkanlah laluan kehidupan yang akan mereka lalui semuga mereka dapat hidup bahagia dunia dan akhirat....Amin
Subscribe to:
Comments (Atom)