My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Monday, June 25, 2012

Supermom......


Sedari dulu lagi,semenjak aku menjadi suri-rumah sepenuh masa, aku mengambilupah menjaga kanak-kanak - anak-anak jiranku. Pernah suatu masa, aku menjaga 3 orang yang sebaya at the same time. Waktu itu aku rasa tersangatlah penat. Maklumlah ketiga-tiga kanak-kanak comel itu sedang berjalan-jalan 'jatuh'. Nak jalan sendiri xberapa nak kuat akan tetapi mereka tetap nak cuba berjalan jugak. Mana satu aku nak kejar.....? Mesti orang bertanya, dah tau penat, mengapa nak jaga tiga-tiga sekali? Sebenarnya dua orang ini memang aku jaga semenjak umur mereka 1 bulan setengah lagi. Kedua-duanya kawan-kawan yang duduk di sekitar taman perumahan kami juga. Mereka tak kisah walaupun aku dah beritahu yang aku menjaga lebih dari sorang. Aku sendiri pada mulanya memang tak mahu lebih dari sorang...takut tak terjaga, tapi mereka yang terlebih confident dengan aku, so aku pun carry-onlah.

Dah tu, aku ada kawan yang sama-sama aktif dalam '4wd club'. Kami selalu masuk hutan menjalankan aktiviti 'off road'. Dia ni pun ada anak...-lelaki yang sebaya dengan anak-anak yang aku jaga. Bila dia dengar aku dah baby-sit dua orang kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya, dia minta aku jaga anak dia plak. Merayu dia mintak aku jaga sebab dia susah nak percaya pada orang lain. Rumah dia memang jauh dari rumahku, so dia nak tinggalkan anak dia padaku dan hanya kan mengambilnya untuk dibawa pulang tiap-tiap 2 hari sekali. Aku ni tak sampai hati, setuju ajelah..........

Siang dengan 3 anak kecil, bila malam tak dapat cukup rehat kerana ada anak kecil yang ditinggalkan denganku. Campur dengan anak-anakku sendiri yang waktu itu masih di sekolah rendah, wow!!!!! Tak terbayangkan aku macam mana aku boleh survived. Suami aku bukan jenis yang mahu cincai, cerewet......baik dari segi makanan, pakaian mahupun rumah-tangga.......Bila aku pikir-pikirkan, aku faham kenapa aku sekarang lansung tak kisah nak menghias-hias rumah, nak masak berjenis-jenis.....Aku dah penat dengan semua itu!

Anak-anak yang bertiga itu; Amirul Arshad - anak jiran immediate neighborku. Lim E-Link si bulat yang aku panggil Comoi singkatan Comel Amoi(berbangsa Cina). Yang sorang lagi ni, anak campuran Melayu + Cina, Iskandar......Iskandar dan Amirul tidaklah lama aku jaga kerana ibu-bapa mereka berpindah ke tempat lain. Akan tetapi Comoi aku jaga sehinggalah berumur 10 tahun sebelum aku sendiri berpindah dari kawasan itu. Aku bukan saja menjaga Comoi, tetapi juga adik-adiknya iaitu Lim V- Link(Abu)dan Lim V-Leong(Anothai).

Budak-budak ni dah jadi macam anak aku sendiri. Aku ajar bagi salam bila datang kat rumah, baca doa bila nak makan dan lain-lain lagi. Tapi walau bagaimana pun aku sering memastikan yang ibu-bapa mereka tak salah anggap. Aku explain kat diorang apa yang aku ajar tu bukanlah bermakna aku nak menukarkan agama anak-anak diorang.........









Boleh dikatakan setiap Hari Raya diorang akan datang ke rumahku kerana anak-anak ini terutamanya comoi rindu makanan Melayu. Dia sangat suka makan sambal dan apa-apa masakan Melayu. Aku teringat seamasa dia berumur 7-8 tahun, dia sering membisikkan kat aku yang dia nak kahwin dengan Melayu dan membeli rumah yang berhampiran dengan rumahku supaya dia senang dapat makan masakanku. Hatiku sangat terhibur di waktu itu bila mendengar angan-angannya. tak terlintas di hatiku bahawa kami akan berpisah bukan saja antara aku dan keluarga Comoi tetapi yang lebih menyakitkan adalah kehancuran perkahwinanku......

Ah...Aku bukan nak emo-emo ni...tapi hanya teringatkan putaran hidup ini sementara kita masih menumpang di bumi Allah ini. Aku pasrah....kini aku semakin kuat hasil dari sokongan anak-anak, keluarga dan teman-teman...... Hanya aku tetap rindu pada anak-anak yang ku panggil Comoi, Abu dan Anothai!!!!!

Saturday, June 23, 2012

Yang membahagiakan aku.......

Dalam menjalani kehidupan ini, banyak saja keinginan dan harapan yang hendak dicapai. Walaupun diusia dan dalam keadaan yang serba kekurangan, tidak membuatkan aku berundur dalam usaha mencapai keinginan itu. Seperti mana umat Islam yang lain, aku sememangnya terinin untuk menjejakkan kaki ke Mekah - 'tanah haram'. tidak kisah samaada mengerjakan haji atau umrah. Aku tau, untuk pergi mengerjakan haji akan memerlukan perbelanjaan yang besar dan jauh dari kemampuanku sekarang. Umrah rasanya lebih mudah untuk dicapai. Walaupun bukan sekarang, tapi aku percaya, satu masa nanti, InsyaAllah, aku akan sampai jua...........

Sekarang ni, aku memang selalu melancong. I'm a traveller not a tourist. Aku pergi ke satu-satu tempat dengan perbelanjaan yang termurah yang boleh aku dapat. Tak kira di dalam atau di luar negara, aku akan memastikan wang yang dibelanjakan adalah yang minimal. Pertama memang aku tak mampu untuk mengeluarkan dan menghabiskan banyak wang kerana aku tidak bekerja. Yang kedua, aku suka melihat/berjalan ke tempat orang dan aku ingin pergi sekerap yang boleh. Jadi, kalau nak tunggu banyak duit, alamat duduk rumah ajelah aku.

Baru-baru ni aku pergi ke Hoi An. Tempat ni memang aku 'aim' dari dulu lagi. Semenjak aku mendengar cerita kenalanku 'Amat' yang telah menjelajah hampir kesemua tempat di Vietnam, aku menyimpan cita untuk sampai ke sana satu hari nanti. Sebenarnya aku dah beberapa kali menjejakkan kaki di bumi Vietnam ni. Aku pernah ke Saigon/Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Aku juga pernah ke Hanoi dan terus melawat Ha Long Bay yang famous tu. Jadi bila saja AirAsia membuka laluan KL -Danang, aku pun ambik peluang tu. Aku tau, pasti ramai yang akan pergi ke Danang kerana bandaraya itu sedang membangun dengan pesatnya, tapi aku hanya lalu saja. Sesampai di Danang, aku terus beli tiket keretapi untuk ke Hue. Keretapi tamabangnya murah, cuma USD12 untuk 4 jam perjalanan. Aku tak kisah walaupun aku rasa itulah keretapi yang terkotor yang pernah aku naik. Penuh dengan sampah dan bau-bau yang kurang menyenangkan.






Setelah berada di Hue 2 malam, aku terus ke Hoi An. Bandar kecil yang telah diwartakan sebagai bandar warisan. Di sini tidak terdapat bangunan tinggi-tinggi dan canggih. Hanya kedai-kedai kecil.......aku menghabiskan masa 6 hari 5 malam di situ.
Apa yang paling menggembirakan aku adalah, sepanjang berada di bandar ini, aku hanya menggunakan basikal untuk ke mana-mana. Membeli-belah, makan, pergi ke tepi pantai....semualah dengan menaiki basikal yang disewa dari orang tempatan. Memang mengujakan kerana begitulah caranya para pelancong menikmati keindahan bandar ini....




Setelah kembali dari Vietnam, aku ke Sabah, Kota Kinabalu. Tak lama aku di situ, hanya 3 hari 2 malam. Terasa tak puas, memang aku ingin nak berkunjung lagi ke situ. Setelah sampai di KK, aku pergi bersiar-siar untuk melihat bandar ini. Aku bersantai di Waterfront sambil makan seafood. Berjalan-jalan diPasar Filipino untuk membeli sedikit cederahati. Keesokan hari aku pergi ke Kinabalu Park. Aku singgah di Poring Hotspring namun aku malas nak berendam kerana aku merasakan waktu yang aku ada cukup terhad. Aku teringin sangat untuk menaiki 'jambatan gantung'. Untuk naik melalui jambatan itu aku mestilah memanjang kaki gunung kinabalu itu setinggi 850' dari aras laut. Nak tercabut jugaklah kepala lutu aku, maklumlah dah berkarat sendi-sendi ini semuanya, namu aku kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan hulan lebat menyebabkan aku terpaksa berhenti di dalam hutam itu selama hampir 1/2 jam.

Aku meneruskan perjalanan bila hujan mula reda walaupun belum berhenti. Takut juga bila melihat hari yang semakin gelap. Nak tak nak aku redah dah akhirya sampai ke station memanjat jambatan gantung itu. Hati aku berdebar-debar sebelum melangkahkan kaki memijak jambatan itu. Aku tak boleh perpatah balik. Ini kehendak aku sendiri, aku mesti teruskan walaupun dalam hati aku tak putus-putus berdoa dan membaca apa saja yang aku tahu agar Allah menghindarkan aku dari perkara-perkara buruk. Maklumlah, tinggi tempat aku berjalan, di bawahku ialah pokok hutan Kinabalu yang famous itu.




















Pulang dari Sabah, aku rehat, tak pergi mana-mana. Namun bila aku terbaca kisah mencandat sotong di Trengganu, hati aku bagai tak sabar-sabar nak mencuba. Sesungguhnya memang aku dah lama sangat nak merasai pengalaman mencandat ni. Bila aje dapat kawan-kawan yang nak join mencandat.....aku pun pergilah ke Trengganu. Memang awesome.......walaupun hujan dengan guruh sabung- menyabung, dan dengan 5 orang dari kawan-kawan yang bersama menaiki bot tersadai mabuk laut, aku dan 2 orang lagi dapat juga menaikkan sotong-sotong yang segar. Dalam masa tak sampai 3 jam, dapatlah kami bahagi-bahagikan hasil tangkapan itu kepada setiap orang peserta. Heeeee seronok betul.............













Itulah aku......bagiku hanya inilah caranya untukku menghiburkan hati. Aku yang kesaorangan namun aku tidak membiarkan loneliness membakar diriku. Selain dari memasak untuk mencari rezeki, aku memenuhi masaku dengan melancong dan membuat apa-apa jua yang aku teringin nak buat dari dulu....Mungkin inilah hikmahnya. Dengan kehidupan yang begini aku mampu melakukan apa yang mahu, kalau dulu mesti TAK boleh.........!

Monday, June 11, 2012

Caterer kecil-kecilan.......

Semalam adalah hari yang paling sibuk buatku. Petang hari sebelumnya, aku dapat call, " Ani, tolong buatkan Mak Long karipap sardin dalam 100 biji, apam 100 biji, rendang ayam 3 ekor kalau ayam besar, kalau kecik, 4 ekor.....boleh? Mak Long nak esok pagi untuk sarapan....." Tanpa berfikir panjang, aku pun menjawab, "boleh". Aku memang dah takde duit ni, tu yang tak nak lepas peluang nak dapatkan sikit income. Jam dah pukul 2 petang, barang-barang untuk masak belum ada lagi. Aku kena bergegas ke NSK untuk beli barang-barang yang nak digunakan. Ayam, tepung, sardin, bawang, serai dan lain-lain lagi. Aku cepat-cepat sembahyang Zohor dan terus ke Pasar Borong.


Ok, set, semua dah ada. Barang-barang yang nak dimasak dah aku bawak balik. Letak barang, aku pun tukar baju, pakai uniform rumah.....baju yang selesa untuk aku bekerja. Firstly, aku buat inti sardin, sebab aku tau, karipap ni yang akan mengambil masa yang panjang dalam proses menyiapkan order makanan kali ni. Dah siap inti karipap, sementara menantikan inti tu sejuk aku tackle ayam dulu. Mencuci ayam ni makan masa jugak sebab bulu-bulu halus tu mesti nak dibuang habis, kalau tak nanti termuntah plak orang-orang yang makannya. Habislah reputasi aku......
Siap cuci ayam kau perap sekejap dengan tepung, nak hilangkan bau. Customer aku yang ni memang sensitive skit. Dia boleh detect apa yang orang lain tak pernah rasa pun. Contoh, dia boleh tau kalau masakan tu ada Pak Aji dengan hanya rasa makanan tu sikit je....hebat! Sambil tu, aku kopek dan blend bawang-bawang untuk rendang aku nanti. Cili kering memang dah ada dalam fridge. Siap semua aku lebur semua dalam kuali sebab nak keringkan air bahan-bahan ni. Ayam bukan boleh banyak air nanti hancur semua daging-daging ayam tu. Itu pun ayamnya aku akan keringkan airnya dalam bekas lain dulu. Biarkan bumbu rendang tu kering atas api yang perlahan.

Aku ambik tepung, majerin, garam dan air. Aku bancuh dan start menguli pastri untuk kulit karipap. Dalam hati aku berkali-kali berkata, nasib baik ada anak aku yang sorang ni kat umah. Kalau dia kat uni, abislah aku, siapa nak tolong aku buat karipap 100 bijik ni. Dia ni sorang perfectionist. Kalau dia buat apa-apa kerja pun dia nak buat kemas-kemas dan cantik. Tak macam aku, semua 'cincai boncai' je. So dah siap uli, aku panggil anakku ini. Dia tolong aku masukkan inti dan siapkan karipap-karipap tu. Nak tau siap pukul brape? Kul 2 pagi...Tapi adalah stop-stop. Nak makan dan sembahyang, kitorang berentilah sekejap.......Dah siap rendang dan karipap, aku pun sediakan bancuhan apam. Apam ni pun aku tak confirm apam apa. Aku buat je apam biasa, apam salju sebab pada pendapat aku, kalau aku buat apam mekar kang, dia tak mau makan sebab bau telur, so aku blasah jelah.....Bancuhan ni kau akan kukus pada pukul 5.30 nanti. Then aku pun mandi dan masuk tidur.


Kul 5.15am, aku bangun. Dah gitu-gini, aku pun ready nak kukus apam. Eh! Baik aku tunggu subuh dulu. Kalau dah sembahyang, senang buat kerje terus, tak ada gangguan.....Kul 6am, aku kukus bancuhan tu. Sikit aje boleh kukus setiap kali sebab aku tak ada banyak acuan. Dah tu nak goreng karipap lagi. Sudah-sudahnya siap pukul 8.30 am jugak. Berkejar-kejar aku pegi hantar kuih-kuih yang dah siap tu ke rumah Mak Long. Malam yang aku sedang sibuk buat rendang dan karipap tu, sebenarnya Mak Long aku ni call lagi. Dia nak kan aku buat roti jala 2-3 kg, untuk tengahari pulak. So bila dah serahkan kuih-kuih tu, aku pun balik start pulak membancuh roti jala. Sekali lagi anak dara aku tu 'come to the rescue'. Aku tebar, dia lipat dan susun. Begitu-begini, pukul 12 tengahari aku hantar balance order pada Mak Long.


Tak habis lagi, kejar-kejar pulak aku mandi dan bersiap untuk ke Bandar Tasik Putri, Rawang untuk meraikan majlis perkahwinan anak sahabat cum landlord aku. Mak tuan jauhnya. Dahlah badan penat, kaki rasa tak larat nak jalan lagi tapi gagahkan jugalah. Nak menghormati jemputan orang. Kita pun rasa besar hati jugak, orang still ingat nak jemput kitakan........ Balik dari majlis tu, aku solat dan boom......pengsan atas katil, tak tau apa-apa lagi.....mesti aku berdengkur punya maklumlah tak cukup tidur dan kepenatan melampau. Dapur pun aku biar je, tak kemas. Anak aku sibuk nak habiskan assignment. Masa dia dah banyak abis menolong aku, sampai kerja dia sendiri terbengkalai. Malam nanti dia nak balik uni sebab esok dia nak gi melawat Hospice Malaysia....Hospice? Betulke ejaan tu?

Aku tidur taklah lama sangat. Aku bangun untuk solat Asar. Dah siap kemas, aku gi umah emak sekejap. Adik-adik aku ada kat sana. Sebelum tu duduk mendengarkan cerita Mak Long, lama jugaklah...... Malam tu aku duduk relax tengok ulangan Super Spontan. Hari tu aku tak dapat tengok. Aku gi mencandat.....Sampai pukul 1pagi aku kluar untuk hantar anak aku balik uni. aku sampai kat umah pukul 3 am....... Bila aku ingat bagaimana letihnya aku hari tu, memang aku tak mau nak ambik order tu, tapi aku sedar, aku tak ada pilihan. Aku harus bekerja keras untuk keluargaku. Aku sekarang bertanggungjawab atas keluarga sepenuhnya....Jadi, penatke, letihke aku tak peduli, aku tetap akan bersungguh-sungguh dalam usaha aku mencari rezeki. Tiada istilah malas dalam kamus kehidupanku.......Semuga Allah memberi kemurahan rezeki untukku dan anak-anak, Amin..........

Friday, April 27, 2012

Hari-hari yang berlalu.....

Wah! tanpa kusedari dah lebih 4 bulan aku tak update blog ni...ada ke orang yang malas macam aku ni? Tapi aku bukanlah malas, banyak aje aktiviti yang aku dah buat selama 4 bulan ni.....Tapi yang paling ketara ialah aktiviti melancong dan masak-memasak. Bukan3x.....bukan masak untuk hari-hari...itu sesiapa pun buat....ini yang aku nak cerita ni memasak untuk tempahan yang dibuat oleh orang lain..... Sejak2 aku dah belajar buat kuih2 dengan Chef Asma ni......aku dah pandai buat kuih dah.......bolehlah....kata orang, takmalulah nak bawak ke tengah. Tak macam dulu,buat kuih kasui pun kereh....macam batu...adoyai..malunya, dah umur macam nih pun tak tau nak buat such a simple kuih! Now aku dah boleh buat kuih favourite aku, kuih talam keladi, serimuka, kuih lapis, beberapa lagi jenis talam yang agak baru macam talam Sekoteng China, talam Carrot dan yang seronoknya aku dah makin pandai buat karipap......yey!!!!!
Akhir2 ni aku dah tambah lagi satu minat dan pengetahuan aku...aku dah boleh buat buns....I tell you,dah berapa lama aku teringin nak buat bun, usah kata bun, pizza base pun terkial2 nak buat.....now Alhamdulillah, dah banyak kali buat dan ramai yang dah rasa....
Anak2 encourage me to belajar lagi dari Chef Asma tu,tak kiralah apa2 pun. Buat Westernke, frozenke, chocolateke......janji ada....Kata mereka seronok bila aku rajin buat macam2 makanan. Aik? Selama ni, aku malaske? Eh! Takkanlah....Diorang tu agaknya bosan dengan makanan yang sama sebelum ni. Maklumlah cekodok,nasik goreng, nasik lemak, mee dan mee hoon....Itulah saja!!! Takpelah anak2.....ibu ni akan buat makanan2 yang kamu berdua mau tapi kalau 'naik badan' dont blame me,k?

Thursday, January 5, 2012

Risau hati sorang ibu.....

Anakku yang gedik......


2 - 3 hari ni sibuk orang memperkatakan kisah pelajar genius SPM 2004, Nur Amalina yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di UK. Yang menjadi cerita, bukan soal atau masaalah pelajarannya. Akan tetapi imej terkini Nur Amalina yang amat berbeza jika dibandingkan sebelum dia melanjutkan pelajarannya keluar negara dan imej terkini beliau..Aduh!!! Terkedu juga aku maklumlah memang amat-amat berbeza....Kalau dulu nampak kesopanan,keayuaan dan kemanisan gadis Melayu ini. Kini, kalau sekali pandang ala-ala artis gitu.......

Sebenarnya,aku bukan nak turut serta menghentam gadis ini.....Siapalah aku untuk berkata-kata, sedangkan aku sendiri masih belum betul lagi. Aku nih dah setengah abad, SiNur Amalina nih baru nak merasai hidup di alam dewasa.....Lagi pulak, anak-anak aku sorang pun tak pakai tudung, at least belum lagi, walaupun masa depan belumlah aku tau. Mungkin Allah bukakan pintu hati mereka....Dengan kerelaan dan keinsafan sendiri mereka akan ber'hijrah'.Itu semua kuasa Allah aku tak tau. Aku juga tak mahu memaksa mereka,kerana kalau pun mereka mengikut, tapi dalam keterpaksaan, tak ikhlas, sudahnya tudung mana,dianya kemana....Aku hanya boleh menasihati sahaja....Biarlah mereka melakukannya bila mereka dah benar-benar bersedia!!!!!

Berbalik pada kes Amalina tadi.....Ramai yang mengomen dan menghubungkan perubahan beliau dengan tempat di mana dia berada sekarang. Dalam ertikata lain, sebab dia duduk di negara Barat,maka dia pun ikutlah berpakaian cara orang-orang Barat. Maknanya tudung dia pun hilang.....Dalam hal ini, aku rasa,tak ada kena mengena..samada dia di Malaysia atau pun di UK.....Aku tau ramai je yang sejak lahir duduk di Malaysia bertuah nih sampailah sekarang, tak pernah pergi luar negara pun, tapi berubah cara kehidupan dan berpakaian ala-ala Amalina ni juga.......Kalau dulu sampai habis SPM, tak lekang bertudung labuh sampai ke pinggang, tapi bila dah dapat result je.....habis semuanya.....tak payahlah cerita detail-detail ni, semua mesti fahamkan......Kalau ada orang yang dah beberapa tahun tak jumpa, mesti terkejut beruk melihatkan perubahan itu.....
Begitu pun ramai-ramai anak-anak muda kita yang hidup di perantauan, bertahun-tahun lamanya, tapi tak pernah berubah hati. Malah makin menebal keimanan mereka. Makin dalam dan luas pengetahuan agama mereka. Aku sendiri berpeluang hidup di perantauan selama beberapa tahun. Aku melihat sendiri bagaimana anak-anak muda ini begitu bersemangat mempelajari dan mendalami ilmu agama........Salutelah pada mereka-mereka ini!!!!!

Kalau ada rezeki dan ada keizinan Allah, anakku juga bakal menyambung pelajarannya di luar negara..Tak dapat tidak,hatiku kacau jugak bila mengingatkan bermacam-macam hal yang terjadi jauh di perantauan sana.....Aku terus-terus memujuk hati dengan mengatakan bahawa perkara-perkara ini,bole terjadi di depan mata.....Seandainya anak kita cukup bekalannya, InsyaAllah mereka tetap akan berpegang pada agama..........................................................
Tapi, sekali lagi, hati ibu....Mana ada ibu yang akan senang hati melepaskan anak-anak pergi jauh dari mata.Kalau boleh biarlah berapa pun umur mereka, apa pun status mereka, ibu tetap mahu dekat dengan anak-anak. Tetap mahu melindungi anak-anak, sebagaimana ibu Amalina.......Apa yang dilakukannya adalah untuk melindungi anak-nya. Kalau aku pun, mungkin akan melakukan perkara yang sama...I'll do anything to protect my children!!!!

Doaku semuga anak-anakku berfikiran secara rasional dalam melakukan apa jua.Agama jangan dilupa. Itulah pegangan dan pedoman untuk kita selama hayat kita di dunia ini. Masa muda jangan disia. Lakukan apa yang kamu inginkan...Mountain climbing..., diving....., parasailing..., whateva.....just jangan melupakan agama dan melakukan sesuatu yang salah disisi agama.......!!!!

Sunday, January 1, 2012

Penyakit biasa.........

Inilah aku......after months mengeram, barulah update blog aku ni....Dah tahun 2012 dah. Masuk hari kedua lagi! Dalam beberapa bulan ni, macam-macam jugaklah yang aku buat. Maksud aku, selain dari sibuk dengan anak-anak buahku,aku juga sibuk memasak makanan yang orang tempah. Bukanlah aku masak macam caterer yang masak untuk kenduri kahwin tu.....Sikit-sikit, ala...masak pun aku buat sensorang je! Makanan pun biasa-biasa...meehoon..xkiralah gorengke....supke....nasi lemak pun ada jugak beserta kuin-muih......
Yang selalu menempah makanan dariku adalah jiran-jiran dan teman-teman se pejabat adikku. Adikku yang sorang ni,memang amat prihatin dengan kepayahan hidupku. Jadi dengan mempromotekan aku pada teman-temannya, sedikit sebanyak, dapatlah jugak aku menambah pendapatan. Akan tetapi bila-bila pun kalau aku ada mendapat tempahan dari sesiapa jua pun, yang paling bergumbira adalah 2 orang anakku ini...Mana tidaknya, ada banyak jenis makanan ku sediakan dalam satu hari...Ialah,kalau x macam tu xkan aku nak masak berjenis-jenis untuk kami 3 orang saja....Paling-paling aku masak lauk pauk untuk makan dengan nasi. Aku xkan goreng meehon misalnya dan ditemankan pulak kuih-muih 2-3 jenis.....! Happy diorang banyak pilihan.......!

Aku jugak sempat meronda-ronda sampai ke Penang, mencari makanlah konon.....! Habislah blog2 yang ada bersangkut-paut dengan makanan sedap di area belah utara aku baca. Berhari-hari aku mencari informasi tentang makanan popular dan favorite...Hampir penuh note book (buku 3 limalah)dengan alamat tempat makan yang nak dicuba.....Realitynya bila dah sampai.di utara, either xsempat kerana kesuntukan waktu atau pun alamat yang dicari itu, x jumpa.....Itupun dengan bantuan Garmin Nuvi hadiah dari seorang teman yang sangat aku sayang.....! Habis-habis berangan nak makan durian Balik Pulau pun tak sempat nak gi.....meleleh air liur bila ingatkn durian manis yang lemak berkrim tu.....aduih.......!!!!

Dalam pada tu aku juga sibuk melayan anakku yang sedang teramat-amat stress kerana in the midst of preparing herself for 3rd semester exam. Dia nih lain sikit. Bila dia start study untuk exam, orang lain dalam rumah terpaksa bersabar....banyak-banyak! Orang lain xboleh buat bising seperti tengok tv kuat-kuat,menyanyi, bercakap-cakap, bergelak ketawa atau apa-apa yang ada sangkut paut dengan bunyi. Aku amat memahami kerana itulah style dia bila study...dia tidak akan membuat aktivity lain. Kau pergilah kendurike? Shoppingke? Partyke? Tengok movieke.....dia xkan peduli. Takkan dia keluar rumah sampailah habis exam dia nanti.......Sampaikan neighbors tanya kenapa dia lama x balik rumah sedangkan dia memang ada, cuma tak keluar saja....Dahlah begitu, kebelakangan nih ada plak cerita pasal 'orang minyak' mengganggu di kamping takjauh dari kampung kami nih.....Apalagi ankku yang study sampai jauh malam nih sering ketakutan...memang aku ada temankan dia dari wal-awallagi,tapi xblehlah apa-apa pun berbunyi, dia akan jadi takut...sampaikan aku nak pergi bathroom pun dia ikut........apa nak buat...dia tak dapat 'gene berani' aku!!!!
Walau macamana pun, aku berdoa kepada Allah Ta'ala semuga mempermudahkan laluan anakku ini. Semuga dia berjaya dalam peperiksaan yang telah dan bakal didudukinya, Amin.......

Musim cuti sekolah yang baru berlalu ni pun menyaksikan ramai yang naik pelamin. Saudara,sahabat handai dan jiran tetangga ramailah yang menjemput aku ke majlis perkahwinan anak-anak mereka. Ada yang aku dapat hadir, ada yang tidak....Antara yang dapat kuhadiri ialah majlis perkahwinan sepupuku Firdaus, anak kawan baikku Yong dan anak jiran Amran.......



Ada juga aku bertemu kawan-kawan yang bertanyakan bila pulak aku nak menerima menantu...Nampak gaya lambat lagi kot......Anak sulung aku nih jenis yang tak mau dikongkong oleh lelaki. Katanya dia takmau jadi seperti aku....terpaksa ikut aje cakap ayahnya...tu yang dia susah nak percaya kat lelaki tuh.....phobia tengok kehidupan aku dan ayahnya. Berkali-kali jugak aku nasihatkan dia tapi bila ada saja lelaki yang dekat dengannya, mereka semua menunjukkan bakat yang serupa dengan bakat ayahnya......male chauvinist!!!! Entahlah...bagi aku,sentiasa aku berdoa agar anak-anakku dipertemukan jodoh dengan lelaki-lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang disarankan oleh agama..Semuga lelaki-lelaki ini dapat membimbing anak-anakku ke jalan yang diredhai Allah, dapat melindungi mereka dan mengasihi mereka hingga ke akhir hayat...Amin.

Inilah aku....ibu yang sangat-sangat mengasihi anak-anak sehinggakan ada yang menganggap aku ni terlampau memanjakan mereka...Tapi memang itulah caranya untukku menunjukkan kasih sayang aku pada mereka...Doaku....layananku....Yang tak dapat aku beri adalah kebendaan....aku memang tak mampu dan mereka mengetahuinya. Takkan mereka meminta sesuatu yang diluar jangkauanku. Itupun hanya sekali sekala terdengar suara yang nakkan sesuatu....terlalu berhati-hati,takut kalau-kalau aku tak dapat memenuhi!
Sekarang ini aku yang lebih banyak meminta kepada anak-anak dan mereka akan mencuba sedaya upaya memenuhinya pula......
Walau apa-apa pun mereka tahu,yang aku, ibu mereka punya ini.....'PENYAKIT BILA TERINGAT' barulah nak up-date blog.........!!!!!