My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Monday, September 19, 2011

Kalau dah sakit............!!!!!!

     Pagi  ni aku hantar ibuku ke Hospital Selayang lagi. Kali ni pegi check mata dia yang x berapa nak clear tu. Mak tuan, darilah pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang baru sampai ke rumah. Nak kata orang ramai sangat, tak juga.....tapi nak menunggu dapat masuk jumpa doktor tu......berjanggut!!!! Yang lebih kesian lagi, ibuku....orang tua tu dahlah x sihat sangat, kalau nak ikut xlarat nak pergi. Tapi bila dia ingat betapa lamanya menunggu nak jumpa doktor selepas buat appointment, terpaksa jugalah dia pergi. Yang xtahannya, dah berjam-jam tunggu, bila dah masuk bilik doktor dan buat pemeriksaan, doktor kata x boleh buat apa-apa, faktor umur dan cataract baru sikit. Dia bagi janji-temu setahun lagi.....nak tunggu baru tebal lapisan cataract tu kot??? Ntah aku pun xtahu.....xdibenarkan masuk. Kalau ada hal penting barulah dia orang akan panggil. Terfikir juga aku, mengapalah xdiberi keutamaan kepada warga2 emas ini untuk berjumpa doktor tanpa harus menunggu sebegitu lama.

     Malam ni Mimi called. Mimi ni adik aku. Dia orang hospital gak, tapi Hospital Putrajaya. Dia ajak aku pergi Seremban, ke ladang herba Seremban untuk mencari 'Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake grass' yang dikatakan berkesan untuk mengubati cancer, high cholesterol, high uric-acid, high sugar in blood dan lain2 highlah lagi. Aku ni sebenarnya baru je check darah dan didapati ada high uric-acid hasil dari makan rendang sepanjang bulan Syawal dan yang juga menyumbang kepada cholesterol yang berada di 'above border line'. Aku dah Google pasal daun belalai gajah ni dah dapat some infos mengenainya. Terimakasih pada blog 'kongsibersamanora.blogspot.com', dapat aku belajar berkenaan daun herba yang sangat sukar ditemui sekarang yang merupakan khazanah di bumi Allah yang semakin dilupai sekarang. Kan kita ni macam tu, kalau x tersepit x peduli untuk belajar/mengetahui sesuatu misalnya bila dah ada penyakit macam aku nih barulah nak search untuk dapatkan info.........bagusnya ada internet kan? Maklumat di hujung jari..........Masa aku muda2 dulu, xpernah pun terfikir akan ada internet......menyesallah jugak, dah tua2 baru nak belajar. Tapi at least adalah jugak dapat peluang tu (ini nak sedapkan hati!). Ramai kengkawan aku yang tak pernah tau nak guna computer pun, usah kata nak cari info dan sebagainya.........!

   

Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser



     Aku berharap hari Sabtu ni, aku boleh pergi ke Seremban untuk mendapatkan daun belai gajah ni. Harap2 aku dapat menyiapkan order rendang daging dan ayam untuk hari tu lebih awal ........!!!!!!!

Wednesday, September 14, 2011

Europe...oh Europe!

     Hari ni tetiba aku teringatkan kisah dulu2. Kisah aku  travelling bersama2 family.....Aku ni memang kuat berjalan. Kata ibuku, kalau pasal berjalan semua jadi baik. Badan sakit jadi sihat, kaki lemah jadi kuat, abis2 kurang duit pun bukan menjadi penghalang untuk melihat-lihat negeri orang.
Sebenarnya siang tadi aku menonton program 'Jurnal Kembara' bersama Haliza Misbun sebagai hostnya. Dia telah ke Paris dan negara2 di Eropah untuk bertemu  dengan students dan rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Aku teruja sangat sebab aku pernahlah menjejakkan kaki dibeberapa tempat yang dikunjunginya. Tempat2 seperti Brugge, Gent belum dapat kulupakan lagi.  Aku juga pernah menjejakkan kaki di Bandaraya Paris. Kami melawat tempat2 ini dalam masa yang singkat, 4 hari saja walaupun kami melancong kali itu selama 15 hari kerana selebihnya kami berada di Kota London.

     Aku mengagumi bandar2 warisan seperti Brugge kerana di sini kita dapat melihat bagaimana bangunan2 lama yang cukup terpelihara yang menjadi kebanggaan mereka. Bukan saja bandar yang tidak seberapa besar ini cantik, bersih dan sungguh indah dengan bangunan2 lamanya, masyarakat mereka juga friendly dan helpful. Aku teringat peristiwa bagaimana kami sekeluarga yang baru sampai ke bandar kecil itu dengan menaiki bas. Walaupun kami tidak pernah menjejakkan kaki di situ, kami terus menggunakan perkhidmatan bas dari station keretapi kerana ia jauh lebih murah dari teksi (maklumlah budget x banyak). Malangnya kami tak tahu tempat nak turun untuk ke hotel yang telah kami tempah. Si pemandu bas bila mengetahui yang kami dah terlepas tempat turun sepatutnya ( memandangkan hanya kami sefamily saja yang ada di dalam bas dan bas dah sampai ke destinasi akhir), sanggup menghantar kami semula ke tempat sepatutnya dengan berpatah balik dan memastikan kami sampai ke hotel yang kami tempah itu..........Agak jauh juga perjalanannya......namun beliau melakukan dengan gembira sekali. Mungkin mereka sedar pelancong2 inilah yang menjana pendapatan untuk kebanyakan penduduk di situ.

Mereka masih dibangku sekolah  
   
     Pengalamanku ketika di Paris juga menyedarkan aku bahawa  di kota Metropolitan yang besar dan gah ini, masih dipenuhi insah2 yang prihatin yang sanggup 'go all the way' membantu  yang memerlukan. Bayangkan, kami pergi on our own, xde kawan, xde kenalan, x join tour group. Bak kata orang memandai-mandai sendiri je. Dah tu,  kami tidak tau French. Tak tau tempat,  xbuat research di internet sebab time tu kami  x tau sangat berinternet  ni!!! Nak tanya orang, nak jumpa satu yang tau English pun susah. Ada yang tau sepatah2 dan cuba nak membantu tapi oleh kerana halangan bahasa itu, tidak juga dapat yang dicari. Waktu itu hari dah semakin gelap, maklumlah winter time. Hati di dalam tuhan je yang tau menggelabahnye. Maklumlah anak gadis dua orang yang dibawak, hotel yang ditempah tak tau di mana. Scene ini sebenarnya di train station.....Akhirnya muncullah sorang hamba Allah ni yang perasan kami yang tercangak2 nk beli tiket pun x boleh pasal xtau bercakap French. Dia menegur (of course dalam Englishlah) dan membawa kami ke kaunter tiket dan kemudian  ke platform yang betul. Katanya dia akan menaiki train yang sama dengan kami, cuma dia harus turun terlebih dahulu dari kami.
Trafalgar Square

Depan rumah sepupu
         Di sepanjang perjalanan dia berbual dengan kami dan memberitahu yang dia adalah seorang penyanyi. Setelah lama berbual, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan hingga ke station di mana kami harus turun dan kemudian dia berpatah balik untuk sampai ke tempatnya. Terharu sungguh bila dapat bertemu orang yang sebegini...........dan terkilan kerana tidak bertukar2 email address untuk berhubung terus dengannya. Disebabkan kesukaran yang kami tempuhi di Paris kerana tidak tau berbahasa French, kedua2dua anakku mengambil keputusan untuk belajar bahasa tersebut dan sekarang mereka dah boleh bertutur dengan baik. Bolehlah pergi lagi nampaknya ni!!!!!!!!!!

     Banyak lagi kenangan2 manis yang kami lalui semasa 15 hari kami berada di UK dan Europe. Nak cerita, panjang sangatlah pulak. Cuma yang aku enjoy terlebih2 tu adalah waktu memasak. Sayur2, buah2an   dan makanan2 lain seperti ayam dan daging memang fresh....seronok sangat time tu.........!  Lagi satu,  bila terdengar lagu Dido - White Flag, rasa semacam aje terkenangkan waktu kami di sana sebab lagu tu sedang popular waktu tu kat UK...... 

Aku xtau apa orang pikir bila baca tulisan aku nih. Mungkin ada yang ingat aku ni mengagung2kan tempat orang sedangkan tempat sendiri xkurang cantiknya. Betul, aku setuju, tapi sepatutnya kita lebih peka dalam hal memulihara bangunan warisan kita. Contoh yang aku dapat bagi, Bangunan Sultan Abdul Samad/ mahkamah berhampiram Dataran Merdeka. Bukankah itu bangunan yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan? Tapi cubalah lihat dan tinjau keadaan di dalamnya? Amat menyedihkan, sedangkan kawasan itu adalah kawasan yang paling popular  bagi para pelancong. Kita dah lama tahu pelancongan amat penting dalam menjana pendapatan negara, tapi masih kurang usaha dan kesedaran dalam hal2 membabitkan pemuliharaan bangunan2 lama. Yang dilebihkan adalah pesta menari-nari di tengah jalan yang nampak sama saja bila2 pun pesta itu diadakan!!!!!!
Adoyyaiiiii!
             

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya 2011


Hari ni dah lebih kurang dua minggu kita beraya....cepatnye masa berlalu....rase baru aje aku sibuk nak membuat persiapan menyambut hari gumbira itu.....!
Jangan main-main, carpet shaggy merah lagi!
Keluarga Md Nor yang besar.

7 adik-beradik.

Berlumba nak sayang ibu.
Tahun ni boleh katakan sambutan yang agak meriah juga jika dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin disebabkan anakku dapat cuti kot.......(sebelum ni, Liy pergi kerja pada petang hari raya...ala xbestnye, xdapat menziarah sanak saudara pun.....!)  Pagi raya, kami 3 beranak pergi rumah ibu. Macam biasalah sesudah sessi bermaaf2an dan berpeluk-cium, kami ada sessi bergambar. Adik ipar aku yang sorang ni, memang minat dengan fotografi...so kitorang xpayah risau soal ada xde kamera ni. Dia bertanggung-jawab mengambil gambar tiap2 keluarga dan gambar2 semua dalam keluaga besar ini. Dah abis posing2, kitorang start menjalankan aktiviti tahunan iaitu menyerbu rumah Mak Long. Dekat je...cross the road. Ini rumah favorite semua sebab hasil yang lumayan baik dari segi hidangan maupun hasil kutipan. Bayangkan anak2 dan cucu2 semuanya yang hampir berjumlah 30 orang dapat  rm10 tiap seorang. Yang dewasa plak rm50. Ibuku mesti lebih...tapi dia xmau bagitau...rahsia katanya. Yelah mudah2an rezeki Mak Longku ini akan bertambah2 hendaknya.
Dari situ kami beraleh ke rumah neighbor plak....yang pasti  'asam laksa' adalah hidangan wajib di rumah ini.
Syaz anak manjaku -  mencium tangan
                                             

Ciuman ibu pada anak tersayang.
Aktiviti sebegini berterusan sehinggalah waktu A'sar di mana kami terpaksa 'adjourned' kerana kekenyangan dan nak balik sembahyang......hai best jugak setahun sekali buat macam ni........Tapi ada jugak tahun2 di mana kami xdapat pergi mane2 sebab rumah ibu pulak yang kena serbu sedari pagi lagi.......!

Inilah anak2ku. Yg ber t-shirt kuning tulah Abu!

Liy and her friends from India

     Raya kedua, kami ada tamu2 yang memang kami 3 beranak nanti2kan. Keluarga Lim dan Gan. Family ini sudah kami kenali selama 12 tahun. anak2 mereka, E-link atau ku panggil Comoi, William atau Abu dan Arnold atau Anok sudah seperti anak2ku sendiri. Sebenarnya ke3 mereka ni aku baby-sit dulu, Comoi semenjak umur 1 1/2 bulan lagi dan terus hinggalah yang ketiga. Bukan setakat jaga saja, aku pernah menjadi supir mereka untuk pergi balik sekolah. Tapi aku xkisah. Mereka keluarga baik-baik walaupun berlainan bangsa dan agama dengan kami. Merekalah keluarga kami waktu itu kerana aku jauh dari kelurga sebelahku manakala my ex mak mertua bukan ramai ahli keluarga...pun jauh jugak!!!!!! Aku teruja sangat bila melihat si Abu yang bertambah montel tu!!!!!

     Hari2 seterusnya aku berziarah terus-terusan. This time sampai Kuantan dan terus ke Terengganu. Biasalah, aku ni kalau ajak berjalan xkiralah makan anginke, rayake....lagi pun aku minat sangat 'long drive' ni.....So aku pergi ke rumah besan adikku di Kuala Trengganu...raya sakan aku................

     Ni umah adik-beradik belum lagi nih....diorang ada yang dah buat plan nak buat weekend yang akan datang ni. Kalau sihat dan xde ape2, InsyaAlah aku akan pergi beraya  LAGI!!!!!!

     Cite aku ni biasa2 aje. Semua orang pun begitulah lebih kurangnya cara menyambut hari lebaran yang mulia itu. Apa yang aku realised adalah, dalam keadaan mana sekali pun, pasti akan ada orang di sekeliling yang menyayangi dan menyokong kami untuk terus hidup dengan gembira. Raya tetap akan kami sambut seadanya. Walaupun serba kekurangan tapi kegembiraan yang hadir tidak mengira kekurangan material itu. Malah kami lebih bersyukur kini dengan apa yang kami ada kerana semuanya atas titik peluh kami sendiri.
Alhamdulillah...............
   





    

Friday, September 9, 2011

Apa dah jadi dgn blogku?????

Alamak...! bertawon-tawon aku tak tulis ape2 kat sini....nape ah? Ntah aku pun tak tau...Aku lupa kot aku ni ada benda alah nih.....BLOG???.....hehehe. Maklumlah semenjak dua menjak nih dah makin pelupa...faktor umur kot. Ni pun tetiba je aku teringat kat blog aku yg adalah satu dua kali aku taipkan apa yg ada di hatiku ..... Pernah jugaklah aku plan nk buat macem2 dgn blog ni, maklumlah bila dah baca blog orang lain yg menjana pendapatan.....Yelah, memang patutnye aku ikut macam orang lain tu, buat blog dapat duit...tapi otak aku ni dah bengap kot....tak tau ape aku nk buat untuk cari duit...dahlah memang xde income...tak kerjalah katakan!!!! Tiap2 hujung bulan harap anak hulur.Kadang2 kesian jugak tengok anakku yang sorang nih.....dalam usia muda dah memikul tanggungjawab besar.......menjaga aku ibunya dan sorang adik yang sedang belajar di Medical School.....kan berat tu.......! Tapi dia memang anak yang baik. Penuh keikhlasan dijalankan tanggungjawabnya itu. Walaupun kekadang aku terdengar dia mengeluh...bukan kerana terpaksa memikul semua tapi kerana ketidak -puasan hatinya, tidak dapat memberikan yang lebih baik kepada kami berdua sedangkan bagi diriku dan aku percaya bagi adiknya juga, kami cukup bersyukur atas apa yang ada dan kami gembira dengan kehidupan kini......

Ya Allah berkatilah kehidupan anak2ku dan Kau murahkan jugalah rezeki mereka,
Permudahkanlah laluan kehidupan yang akan mereka lalui semuga mereka dapat hidup bahagia dunia dan akhirat....Amin