My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Thursday, June 19, 2014

Pernahkah???

     Aku ni kengkadang macam budak2. Tp honestly aku xdpt nk tahan lagi apa yg aku rasa.
Dulu sewaktu mula2 aku keep on telling, no lah, it's just you......You yg rasa rendah diri dgn keadaan you. You yg berasa hati sbb you di dlm keadaan ini.....You yg ini, you yg itu.......But now, mmg I tahu, itulah hakikatnya.........

     Aku yg dulu, bkn lah yg sekarang, dulu ku dipandang, sekarang ku ditendang. Of course bukan lah physically abused tp pandangan dan penerimaan family bukan mcm dulu lagi. Sekarang aku bkn siapa2 lagi.....aku ni ibarat melukut, ialah ada xada sama je. Malah kalau xde lg bagus, menyibuk aje si Tua ni, begitu kata2 yg lain agaknya. Dulu, bkn saja aku di antara yg eldest, aku ada husband, ank2, asset yg mmg setiap orang seumur aku ni mesti ada........aku juga adalah antara insan terpenting utk di rujuk jika ada sesuatu came up..........tp sekarang, tmpt merujuk tu boleh lupa kan terus.......klu aku ckp skit je akn adalah yg ambik hati, kecik hati, merajuk, marah dah sebagainya. Mmg aku dah dah berubahke? Dulu boleh ckp baik2, sekarang dah kasar? Dah xbuat pertimbangan sebelum berkata?

     Aku xtaulah, aku rasa kecik sgt.......orang kata harta dunia ni takde makna tp setau aku besar ertinya. Contohnya, bila aku dah xde pape ni, sapa nk dengar cakap aku? Aku yg terpaksa dengar ckp yg lain, ckp xleh silap sikit, dah amik hati, sedangkan aku yg Tua macam ni ha, bila orang buat aku....terus terang aku cakap aku menangis xrenti2 setiap kali aku ingatkan peristiwa tu, tp aku xberani nk bgtau sapa pun.......sbb aku tau, sapa lah aku nk banyak songeh.........simpanlah sendiri bila teringat menangislah.....

     Haha.....pasti ada yg ckp, ala itu perkara kecil. Ye mungkin, tp itu tetap mengguris perasan ku.
Saat ini pun airmata aku ni ha, tak berhenti rolling on my pipi, abih nk buat camne, aku sedia sangat rasanya.......

Thursday, May 23, 2013

Terimakasih WP


     Pagi tadi aku pegi Wisma Putra untuk mendapatkan 'certificate of good conduct'. Certificate ni nak digunakan untuk mendapatkan visa buat anakku yang  akan menyambung pelajaran ke luar negara . Aku memang tak pernah pegi Wisma Putra di Putrajaya ni, so aku tak tau exactly kat mana bangunannya. Berkeliling aku di sekitar Precint 2 dan di kawasan sewaktu dengannya dengan
menyusuri pejabat-pejabat kerajaan yang pelbagai di situ.  Untuk mengeruhkan keadaan, sambutan Hari Belia bermula hari ini dan sambutannya dibuat di sekitar Precint 2 tu.Maka jalan pun dah mula sesak walaupun hari masih pagi

     Dah penat berpusing-pusing, aku tak tahan lagi, mata aku melilau mencari insan-insan yang boleh diharapkan untuk membantu dalam pencarianku ini. HA! Itu ada polis, kataku pada anakku yang duduk di sebelah. Terus ku berhentikan kereta dan anakku menurunkan cermin tingkap untuk bertanya. Ok, dah tau kat mana, aku terus saja memandu mengikut direction yang diberikan oleh encik polis yang 'helpful' tu.

     Dah sampai, aku park kereta di tempat yang telah disediakan. Kemudian pergi kat gate ambik 'pass' bagi membolehkan kami memasuki kawasan itu. Masuk saja kawasan lobby, aku terus menuju counter pertanyaan untuk mengetahui ke mana harus kami tuju. Baik dua orang staff yang ada kat situ. Diorang tolong kami menyusun document dan form yang harus kami serahkan, siap bagi paper clip untuk clip gambar atas borang permohonan lagi.  Then kami di beritahu untuk ke counter lain bagi mendapatkan nombor.

     Di sini juga terdapat 2 orang staff wanita yang juga sangat -sangat  'pleasant' Mereka bagi nombor dan check lagi skali document dan borang supaya all in order. Dah tu kami duduk bagi menunggu nombor kami dipanggil. Kami dua beranak sebenarnya dah bersedia untuk duduk menunggu untuk jangka masa yang lama. Syaz siap bawak i-pad untuk menghabiskan masa tapi apa yang terjadi, baru dia on i-padnya, nombor dia dah dipanggil. Dia bangun dan serahkan document serta rm 20 kepada staff wanita di counter 3. Seterusnya dia datang dan duduk kembali sambil memandang i-padnya. Walah....!!!!Tak sempat buat apa, nombor dipanggil sekali lagi dan semuanya dah selesai. Di tangannya dah ada certificate itu berserta resit pembayaran. Wah! Kami berdua macam tak percaya.........!!!!

     Selama ini kalau berurusan dengan pejabat atau ajensi  kerajaan, punyalah lama waktu menunggu yang diperlukan beserta keterpaksaan melihat muka staff-staff yang masam, rasa-rasanya kalau tak terpaksa tak payahlah buat urusan apa-apa pun dengan diorang. Tapi ini, walaupun orang yang datang untuk berurusan ramai, namun staff-staff di situ semua sentiasa tersenyum dan cekap sekali menjalankan tugas mereka. Macam nilah yang public nak, urusan lancar, masa yang singkat, cepat selesai, kita pun cepatlah keluar dari tempat tu, taklah menyibuk lama-lama......

    Syabas ku ucapkan kepada kaki tangan WP2 dan aku harap satu hari nanti perkara sebaik ini akan menjadi budaya di setiap pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan mana-mana jualah, barulah sesuai dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju.........

Friday, May 10, 2013

Mencandat lagi (2013)......................


     Tak taulah kenapa, aku minat sangat mencandat sotong ni. Tahun lepas aku pergi, balik aje, terus plan untuk tahun ni punya trip. Adik aku yang sorang ni pun sama je dengan aku minat dengan mencandat Nak kata senang, tak juga. Kalau nasib tak baik, berjam-jam tunggu, sekor pun tak singgah.                        Tahun lepas aku pergi mencandat dengan menyewa bot nelayan menangkap ikan, tapi tahun ni kami bijak skit, kami sewa direct kat tuan punya bot yang memang kerjanya bawak orang mencandat. Botnya lebih selesa.

    Kami keluar ke laut agak lambat, ingatkan tak banyak bot yang ke laut mencandat, ropa-ropanya bila kami sampai port mencandat semua dah kena book. Punyalah banyak bot-bot sampaikan kami terpaksa berpuas hati dengan tempat yang dikenalpasti kurang ummph kerana tak banyak sotong.

   
Pantai depan chalet

Otw to port mencandat

Aku dan adik


Santai2 hingga ke destinasi

     Dah lama kami dok menggoyang tali candat tu, tapi tak jugak dapat. Akhirnya kami cari port lain. Ini terjadi sebanyak 3 kali lagi. Port yang last tu barulah kami hilang mengantuk bila lepas sekor2 naik, ada jugak yang dapat sekali dua ekor. Tapi kejadian yang tak dapat dilupakan ialah sekumpulan ikan yang kelihatan seperti ikan merah datang menghampiri bot kami. Geramnya....nak tangkap tak dapat tak ada net atau tangguk. Tak lama tu sotong plak mengerumuni di sekeliling bot kami. Lagi sekali kami menyesal tak bawak tangguk.....dan sayang sekali aku sendiri tak teringat nak snap gambar sebab terlampau geram tengok sotong-sotong tu. Dekat tapi jauh!!!!Next time bawak net, jangan tak bawak....

     Di akhir waktu mencandat, walaupun banyak masa terbuang tak dapat sotong, dan group2 lain dapat 70 -80 kg,  kami dapat bawak balik 2-3 kg sorang, besar-besar lagi. Cukuplah Alhamdulillah.

     
Siap2 nak naik bot

Dari bot

Boleh  masak

Dia dah dapat, aku belum....

First sotong yang aku dapat

Dia pun dah dapat jugak


Kari sotong yg Pok Joe masak utk dinner

Baru sampai                                                                    

Hero ni pun nak tunjuk kemachoan
   Trip kali ni aku santai-santai. Walaupun drive sorang dan hanya ada mak dalam kete, kami happy. Berhenti bila nak, atau terus memandu tanpa ada stress nak catch-up dengan sape-sape. aku berdoa pada Allah biarlah sihat hendaknya badan aku ni supaya aku dapat beribadah dengan lebihbaik dan menjalankan aktiviti yang aku gemari semuga aku gembira dan tak menyusahkan sesiapa,InsyaAllah.
  
   

     

Laos - 18 - 23 Apr 2013





     Sepatutnya bulan Jan 2013, aku pergi ke Danang bersama-sama anak-anak. Kami memang dah lama plan trip ni, maklumlah susah nak dapat tiga-tiga beranak ni pergi luar dari Malaysia bersama-sama. Normally, aku dan Syaz akan travel bersama sementara Liy plak lebih selesa travelling dengan teman-temannya........Namun tanpa ada warning, aku tiba-tiba kena 'vertigo' attack, berputar-putar alam ni, muntah belilah sampai xde apa nak keluar lagi. Seminggu aku terlantar kat umah, anak-anak  melarang aku berbuat apa-apa. Nasib baik masa tu Syaz belum bekerja. Kami minta opinion dari doktor pakar samada aku boleh travel atau tidak......dan yang aku tak suka nak dengar tu yang keluar dari mulut doktor tu...Sebaik-baiknya jangan, takut akan berulang lagi vertigo tu.......Adusssssss, aku iye-iye dah plan nak buat itu dan ini semasa di Hoi An, kini tinggal kenangan je lah. Duit pun hangus pasal AirAsia tak bagi duit hanya point aje yang sampai sekarang point - point tu x dapat dipakai lagi....

   
Liy di Koh Phangan
   

Our room in Vang Vieng
   

     So, aku pun tunggu bulan April sebab aku dah book untuk ke Vientiane dengan Syaz. Selama 6 hari kami di sana, kami hanya sempat berkunjung ke Vientiane dan Vang Vieng sahaja. Teringin nak singgah di Luang Prabang kerana bila aku baca review, LP adalah lebih happening dari Vientiane. Tapi untuk ke LP dari Vientiane dengan menaiki bas memakan masa 10jam. Lama tu, nanti masa habis kat jalan, tu yang kami stick to VTN dan VV sahaja.

     Semasa aku di VTN dan VV, seperti mana Thailand dan negara2 IndoChina yang lain, bilik hotel jauh lebih murah dari hotel-hotel di Malaysia. Namun,  walaupun murah tapi bersih,kalau dibandingkan dengan hotel-hotel murah di negara kita ni. Makan plak, tak de masaalah kerana di VTN banyak kedai-kedai makan halal begitu juga di VV.

   
Depan hotel di Vientiane

Pekan Vang Vieng

Ini cara kami melihat kawasan sekitar
Guna jambatan ni kena bayar tol

     Kat Vientiane kami cuma berjalan sambil melihat tempat-tempat menarik tp di VV kami sewa basikal untuk ke mana-mana. VV ini femes dengan 'tubing' mat sallehlah yg gila-gila buat ni. Kami plak cuba kayuh basikal untuk ke Blue Lagoon yg jauhnya lebih kurang 7 km dengan jalan yang berbatu-batu. Apalagi,pancitlah aku, dahlah panas terik, sehingga baju aku boleh diperah basah dek peluh. Agaknya mmg elok aku duduk kat situ, mesti cepat turun berat badan aku.......hehe.

     
Briani telur

Nazim restoran Vientiane

Tour agent
     Bagi aku, mana-mana tempat yang aku pergi, ada kelebihan dan kekurangan dan dari situ banyak yang aku dapat pelajari, perihal kehidupan manusia ini bak kata orang 'lain padang lain belalang'.



Kenanganku......

Dah dua hari aku jadi supir. Hantar anak sedara ke sekolah dan jemput dari sekolah. Adik sepupu aku mintak tolong. Dia tak dapat nak hantar sendiri sebab dia jaga periksa (invigilate) dari pagi hingga ke petang. Kalau aku tak boleh tolong, terpaksalah anak buah aku ni ponteng. Sekolah tu jauh, tak larat nak jalan atau naik basikal. Perkhidmatan bas pun tiada. Jadi aku pun tolonglah. Itu pun nasib baik sebab ada kereta. Anak aku kerja malam so siang kereta dia tak guna. So aku pun jalankan tugas aku dengan penuh dedikasi. Di akhir dua hari itu, aku diberi upah yang aku rasa tak perlu pun kerana pertolongan aku tu kecil sangat. Tapi sepupu aku ni bersungguh-sungguh nak aku ambik duit tu. Mungkin dia memikirkan aku ni bukan orang banyak duit..., minyak, tenaga dan masa aku dah gunakan untuk menolong dia. Akhirnya selepas bertolak-tolak (yelah...kita kena basa-basi jugakkan, takkan nak ambik terus bila orang hulur....orang Melayulah katakan....)aku pun terima. sebenarnya, bukan itu yang aku nak cite kat sini.....aku cuma terkenangkan zaman aku bersekolah dulu. Waktu aku sebaya dengan anak buah aku ni................

Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Musim hujan kehidupan kami lebih parah. Lit/abah tak boleh kerja. Dia cuma mengait buah kelapa untuk dihantar ke kedai untuk mendapatkan sedikit beras. Pokok kelapa pun bukan banyak, ua tiga batang di keliling rumah aje, so kadang-kadang dapatlah sekilo dua beras, lauknya dah pasti hanya sayur-sayur kampung yang ada di belakang rumah atau nangka muda minta dari jiran. Bagusnya dulu orang tak pandai nak berniaga sangat, so nak nangka muda, pisang muda atau ubi kayu, kalau tak ada tanam sendiri, boleh minta dari jiran-jiran. Sekarang.......kalau minta, orang akan pandang semacam, next kita minta, cepat-cepat dia kata tak ade.......

Acap kali juga sebenarnya kami sekeluarga kena makan bubur saja dan mak selalu ceritakan bagaimana sorang adikku yang waktu itu masih kecik terpaksa tidur dengan perut yang berbunyi-bunyi akibat tak ada makanan yang tinggal, tau-tau jelah, kami yang sedang membesar dan makanan pulak terhad sehingga tak tau yang makanan kami habiskan tanpa ada yang tinggal untuk adik dan mak. Alhamdulillah, sekarang dialah antara adik-adikku yang hidup dengan mewah.....

Itulah antara kenangan yang masih segar dalam ingatanku ini. Kenangan yang pasti akan ku bawa hingga akhir hayatku, kenangan yang selalu menginsafkan aku, seandainya aku mula mengeluh bila memikirkan kepayahan hidupku sekarang.............

Mak/ibu/umi dan abah/walid

Nilah aku masa kecil2 dulu, dengan mak, abang dan makcik.

Thursday, May 9, 2013

Putrajaya



     Ni bukan ape, kitorang pegi kenduri kawin sedara kat Salak Tinggi. On the way balik, saje singgah kt precint 11 berhampiran Mesjid Besi untuk minum petang. Terimakasih adikku Syuhaida!

Dia ni kemana aku pergi, nak ikutlah dia.

Dah kata dah, pasal posing no satu

Baby Ayra yg boyish.

Si comel Aleeya 

Mesjid indah

Adikku Mimi dan cucunya.

Sabah oh Sabah


     Sebelum ni aku dah pernah pergi Sabah that is Kota Kinabalu dengan my two girls. Seronok weh.......memang tak cukup 3 hari dua malam tu. Dalam hati dah janji nak datang lagi. So bila my mom nak bawak abang dan wifey dia  pegi Sabah, I pun offer diri untuk jadi tourist guide cum penjaga kebajikan 3 orang ini......cey wah!!!!!

Me and my mom on the first night in KK
                                                

My brother and wifey.




     Aku sewa kereta untuk membawa mereka keliling KK selama 3 hari tu. Sempatlah aku bawak diorang pergi Kinabalu Park, dairy farm kat Kundasang, singgah sembahyang kat masjid Kundasang tu,  pusing-pusing dan singgah makan durian.
 Kami jugak singgah untuk menyaksikan upside-down house yang aku rasa  tak berbaloi  lansung. Dahlah 'mem besar' masa tu dah mula tarik muka. I guess dia dah start rasa penat dan sakit kaki, kot..........Rancangan nak pegi makan seafood kat Luyang terpaksa cancelllll. Sampai balik kami tak dapat pegi makan seafood tu. Nasib baik masa aku pegi mula-mula dulu aku dapat makan sepuas-puasnya maklumlah murah......

     
'Mem besar'

     
On the way to Kundasang


Gunung Kinabalu
       Seperti mana first time aku pegi, sampai Kundasang dan nampak gunung Kinabalu dengan lebih dekat hati aku berbunga-bunga. Besarnya kekuasaan Allah. Melihat di sekeliling segala ciptaannya, kita merasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya.  Sambil tu hati berkata, nasib baik lutut aku dan 'give way', kalu tidak aku akan panjat gunung ni hingga ke puncak. Jadi kesimpulannya aku berangan jelah nk panjat gunung ni.

   
Guide pun nak jgk posing

Mem ni pantang suruh pose

Romeo n Juliet yg jarang berpisah
        Of course aku bawak jugak diorang ke tanjung aru dan kampung Air. Tapi taklah banyak berjalan, sebab semuanya pun senior citizen, lutut dah expired!!!

     



Tengoklah Romeo tu, bkn main lagi senyumnya!!!


Nilah rumah terbalik tu.....
       Sebenarnya pengalaman kali ni berlainan skit dengan masa lalu, sebab inilah pertama kali aku travel dengan 3 orang yang tak berapa nak sihat.....untungnya Alhamdulillah aku dapat menjaga mereka dengan sebaik mungkin, yang aku terdaya. Tak taulah kalu ada yang tak puas hati.......ade? ade?