My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Monday, June 25, 2012

Supermom......


Sedari dulu lagi,semenjak aku menjadi suri-rumah sepenuh masa, aku mengambilupah menjaga kanak-kanak - anak-anak jiranku. Pernah suatu masa, aku menjaga 3 orang yang sebaya at the same time. Waktu itu aku rasa tersangatlah penat. Maklumlah ketiga-tiga kanak-kanak comel itu sedang berjalan-jalan 'jatuh'. Nak jalan sendiri xberapa nak kuat akan tetapi mereka tetap nak cuba berjalan jugak. Mana satu aku nak kejar.....? Mesti orang bertanya, dah tau penat, mengapa nak jaga tiga-tiga sekali? Sebenarnya dua orang ini memang aku jaga semenjak umur mereka 1 bulan setengah lagi. Kedua-duanya kawan-kawan yang duduk di sekitar taman perumahan kami juga. Mereka tak kisah walaupun aku dah beritahu yang aku menjaga lebih dari sorang. Aku sendiri pada mulanya memang tak mahu lebih dari sorang...takut tak terjaga, tapi mereka yang terlebih confident dengan aku, so aku pun carry-onlah.

Dah tu, aku ada kawan yang sama-sama aktif dalam '4wd club'. Kami selalu masuk hutan menjalankan aktiviti 'off road'. Dia ni pun ada anak...-lelaki yang sebaya dengan anak-anak yang aku jaga. Bila dia dengar aku dah baby-sit dua orang kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya, dia minta aku jaga anak dia plak. Merayu dia mintak aku jaga sebab dia susah nak percaya pada orang lain. Rumah dia memang jauh dari rumahku, so dia nak tinggalkan anak dia padaku dan hanya kan mengambilnya untuk dibawa pulang tiap-tiap 2 hari sekali. Aku ni tak sampai hati, setuju ajelah..........

Siang dengan 3 anak kecil, bila malam tak dapat cukup rehat kerana ada anak kecil yang ditinggalkan denganku. Campur dengan anak-anakku sendiri yang waktu itu masih di sekolah rendah, wow!!!!! Tak terbayangkan aku macam mana aku boleh survived. Suami aku bukan jenis yang mahu cincai, cerewet......baik dari segi makanan, pakaian mahupun rumah-tangga.......Bila aku pikir-pikirkan, aku faham kenapa aku sekarang lansung tak kisah nak menghias-hias rumah, nak masak berjenis-jenis.....Aku dah penat dengan semua itu!

Anak-anak yang bertiga itu; Amirul Arshad - anak jiran immediate neighborku. Lim E-Link si bulat yang aku panggil Comoi singkatan Comel Amoi(berbangsa Cina). Yang sorang lagi ni, anak campuran Melayu + Cina, Iskandar......Iskandar dan Amirul tidaklah lama aku jaga kerana ibu-bapa mereka berpindah ke tempat lain. Akan tetapi Comoi aku jaga sehinggalah berumur 10 tahun sebelum aku sendiri berpindah dari kawasan itu. Aku bukan saja menjaga Comoi, tetapi juga adik-adiknya iaitu Lim V- Link(Abu)dan Lim V-Leong(Anothai).

Budak-budak ni dah jadi macam anak aku sendiri. Aku ajar bagi salam bila datang kat rumah, baca doa bila nak makan dan lain-lain lagi. Tapi walau bagaimana pun aku sering memastikan yang ibu-bapa mereka tak salah anggap. Aku explain kat diorang apa yang aku ajar tu bukanlah bermakna aku nak menukarkan agama anak-anak diorang.........









Boleh dikatakan setiap Hari Raya diorang akan datang ke rumahku kerana anak-anak ini terutamanya comoi rindu makanan Melayu. Dia sangat suka makan sambal dan apa-apa masakan Melayu. Aku teringat seamasa dia berumur 7-8 tahun, dia sering membisikkan kat aku yang dia nak kahwin dengan Melayu dan membeli rumah yang berhampiran dengan rumahku supaya dia senang dapat makan masakanku. Hatiku sangat terhibur di waktu itu bila mendengar angan-angannya. tak terlintas di hatiku bahawa kami akan berpisah bukan saja antara aku dan keluarga Comoi tetapi yang lebih menyakitkan adalah kehancuran perkahwinanku......

Ah...Aku bukan nak emo-emo ni...tapi hanya teringatkan putaran hidup ini sementara kita masih menumpang di bumi Allah ini. Aku pasrah....kini aku semakin kuat hasil dari sokongan anak-anak, keluarga dan teman-teman...... Hanya aku tetap rindu pada anak-anak yang ku panggil Comoi, Abu dan Anothai!!!!!

Saturday, June 23, 2012

Yang membahagiakan aku.......

Dalam menjalani kehidupan ini, banyak saja keinginan dan harapan yang hendak dicapai. Walaupun diusia dan dalam keadaan yang serba kekurangan, tidak membuatkan aku berundur dalam usaha mencapai keinginan itu. Seperti mana umat Islam yang lain, aku sememangnya terinin untuk menjejakkan kaki ke Mekah - 'tanah haram'. tidak kisah samaada mengerjakan haji atau umrah. Aku tau, untuk pergi mengerjakan haji akan memerlukan perbelanjaan yang besar dan jauh dari kemampuanku sekarang. Umrah rasanya lebih mudah untuk dicapai. Walaupun bukan sekarang, tapi aku percaya, satu masa nanti, InsyaAllah, aku akan sampai jua...........

Sekarang ni, aku memang selalu melancong. I'm a traveller not a tourist. Aku pergi ke satu-satu tempat dengan perbelanjaan yang termurah yang boleh aku dapat. Tak kira di dalam atau di luar negara, aku akan memastikan wang yang dibelanjakan adalah yang minimal. Pertama memang aku tak mampu untuk mengeluarkan dan menghabiskan banyak wang kerana aku tidak bekerja. Yang kedua, aku suka melihat/berjalan ke tempat orang dan aku ingin pergi sekerap yang boleh. Jadi, kalau nak tunggu banyak duit, alamat duduk rumah ajelah aku.

Baru-baru ni aku pergi ke Hoi An. Tempat ni memang aku 'aim' dari dulu lagi. Semenjak aku mendengar cerita kenalanku 'Amat' yang telah menjelajah hampir kesemua tempat di Vietnam, aku menyimpan cita untuk sampai ke sana satu hari nanti. Sebenarnya aku dah beberapa kali menjejakkan kaki di bumi Vietnam ni. Aku pernah ke Saigon/Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Aku juga pernah ke Hanoi dan terus melawat Ha Long Bay yang famous tu. Jadi bila saja AirAsia membuka laluan KL -Danang, aku pun ambik peluang tu. Aku tau, pasti ramai yang akan pergi ke Danang kerana bandaraya itu sedang membangun dengan pesatnya, tapi aku hanya lalu saja. Sesampai di Danang, aku terus beli tiket keretapi untuk ke Hue. Keretapi tamabangnya murah, cuma USD12 untuk 4 jam perjalanan. Aku tak kisah walaupun aku rasa itulah keretapi yang terkotor yang pernah aku naik. Penuh dengan sampah dan bau-bau yang kurang menyenangkan.






Setelah berada di Hue 2 malam, aku terus ke Hoi An. Bandar kecil yang telah diwartakan sebagai bandar warisan. Di sini tidak terdapat bangunan tinggi-tinggi dan canggih. Hanya kedai-kedai kecil.......aku menghabiskan masa 6 hari 5 malam di situ.
Apa yang paling menggembirakan aku adalah, sepanjang berada di bandar ini, aku hanya menggunakan basikal untuk ke mana-mana. Membeli-belah, makan, pergi ke tepi pantai....semualah dengan menaiki basikal yang disewa dari orang tempatan. Memang mengujakan kerana begitulah caranya para pelancong menikmati keindahan bandar ini....




Setelah kembali dari Vietnam, aku ke Sabah, Kota Kinabalu. Tak lama aku di situ, hanya 3 hari 2 malam. Terasa tak puas, memang aku ingin nak berkunjung lagi ke situ. Setelah sampai di KK, aku pergi bersiar-siar untuk melihat bandar ini. Aku bersantai di Waterfront sambil makan seafood. Berjalan-jalan diPasar Filipino untuk membeli sedikit cederahati. Keesokan hari aku pergi ke Kinabalu Park. Aku singgah di Poring Hotspring namun aku malas nak berendam kerana aku merasakan waktu yang aku ada cukup terhad. Aku teringin sangat untuk menaiki 'jambatan gantung'. Untuk naik melalui jambatan itu aku mestilah memanjang kaki gunung kinabalu itu setinggi 850' dari aras laut. Nak tercabut jugaklah kepala lutu aku, maklumlah dah berkarat sendi-sendi ini semuanya, namu aku kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan hulan lebat menyebabkan aku terpaksa berhenti di dalam hutam itu selama hampir 1/2 jam.

Aku meneruskan perjalanan bila hujan mula reda walaupun belum berhenti. Takut juga bila melihat hari yang semakin gelap. Nak tak nak aku redah dah akhirya sampai ke station memanjat jambatan gantung itu. Hati aku berdebar-debar sebelum melangkahkan kaki memijak jambatan itu. Aku tak boleh perpatah balik. Ini kehendak aku sendiri, aku mesti teruskan walaupun dalam hati aku tak putus-putus berdoa dan membaca apa saja yang aku tahu agar Allah menghindarkan aku dari perkara-perkara buruk. Maklumlah, tinggi tempat aku berjalan, di bawahku ialah pokok hutan Kinabalu yang famous itu.




















Pulang dari Sabah, aku rehat, tak pergi mana-mana. Namun bila aku terbaca kisah mencandat sotong di Trengganu, hati aku bagai tak sabar-sabar nak mencuba. Sesungguhnya memang aku dah lama sangat nak merasai pengalaman mencandat ni. Bila aje dapat kawan-kawan yang nak join mencandat.....aku pun pergilah ke Trengganu. Memang awesome.......walaupun hujan dengan guruh sabung- menyabung, dan dengan 5 orang dari kawan-kawan yang bersama menaiki bot tersadai mabuk laut, aku dan 2 orang lagi dapat juga menaikkan sotong-sotong yang segar. Dalam masa tak sampai 3 jam, dapatlah kami bahagi-bahagikan hasil tangkapan itu kepada setiap orang peserta. Heeeee seronok betul.............













Itulah aku......bagiku hanya inilah caranya untukku menghiburkan hati. Aku yang kesaorangan namun aku tidak membiarkan loneliness membakar diriku. Selain dari memasak untuk mencari rezeki, aku memenuhi masaku dengan melancong dan membuat apa-apa jua yang aku teringin nak buat dari dulu....Mungkin inilah hikmahnya. Dengan kehidupan yang begini aku mampu melakukan apa yang mahu, kalau dulu mesti TAK boleh.........!

Monday, June 11, 2012

Caterer kecil-kecilan.......

Semalam adalah hari yang paling sibuk buatku. Petang hari sebelumnya, aku dapat call, " Ani, tolong buatkan Mak Long karipap sardin dalam 100 biji, apam 100 biji, rendang ayam 3 ekor kalau ayam besar, kalau kecik, 4 ekor.....boleh? Mak Long nak esok pagi untuk sarapan....." Tanpa berfikir panjang, aku pun menjawab, "boleh". Aku memang dah takde duit ni, tu yang tak nak lepas peluang nak dapatkan sikit income. Jam dah pukul 2 petang, barang-barang untuk masak belum ada lagi. Aku kena bergegas ke NSK untuk beli barang-barang yang nak digunakan. Ayam, tepung, sardin, bawang, serai dan lain-lain lagi. Aku cepat-cepat sembahyang Zohor dan terus ke Pasar Borong.


Ok, set, semua dah ada. Barang-barang yang nak dimasak dah aku bawak balik. Letak barang, aku pun tukar baju, pakai uniform rumah.....baju yang selesa untuk aku bekerja. Firstly, aku buat inti sardin, sebab aku tau, karipap ni yang akan mengambil masa yang panjang dalam proses menyiapkan order makanan kali ni. Dah siap inti karipap, sementara menantikan inti tu sejuk aku tackle ayam dulu. Mencuci ayam ni makan masa jugak sebab bulu-bulu halus tu mesti nak dibuang habis, kalau tak nanti termuntah plak orang-orang yang makannya. Habislah reputasi aku......
Siap cuci ayam kau perap sekejap dengan tepung, nak hilangkan bau. Customer aku yang ni memang sensitive skit. Dia boleh detect apa yang orang lain tak pernah rasa pun. Contoh, dia boleh tau kalau masakan tu ada Pak Aji dengan hanya rasa makanan tu sikit je....hebat! Sambil tu, aku kopek dan blend bawang-bawang untuk rendang aku nanti. Cili kering memang dah ada dalam fridge. Siap semua aku lebur semua dalam kuali sebab nak keringkan air bahan-bahan ni. Ayam bukan boleh banyak air nanti hancur semua daging-daging ayam tu. Itu pun ayamnya aku akan keringkan airnya dalam bekas lain dulu. Biarkan bumbu rendang tu kering atas api yang perlahan.

Aku ambik tepung, majerin, garam dan air. Aku bancuh dan start menguli pastri untuk kulit karipap. Dalam hati aku berkali-kali berkata, nasib baik ada anak aku yang sorang ni kat umah. Kalau dia kat uni, abislah aku, siapa nak tolong aku buat karipap 100 bijik ni. Dia ni sorang perfectionist. Kalau dia buat apa-apa kerja pun dia nak buat kemas-kemas dan cantik. Tak macam aku, semua 'cincai boncai' je. So dah siap uli, aku panggil anakku ini. Dia tolong aku masukkan inti dan siapkan karipap-karipap tu. Nak tau siap pukul brape? Kul 2 pagi...Tapi adalah stop-stop. Nak makan dan sembahyang, kitorang berentilah sekejap.......Dah siap rendang dan karipap, aku pun sediakan bancuhan apam. Apam ni pun aku tak confirm apam apa. Aku buat je apam biasa, apam salju sebab pada pendapat aku, kalau aku buat apam mekar kang, dia tak mau makan sebab bau telur, so aku blasah jelah.....Bancuhan ni kau akan kukus pada pukul 5.30 nanti. Then aku pun mandi dan masuk tidur.


Kul 5.15am, aku bangun. Dah gitu-gini, aku pun ready nak kukus apam. Eh! Baik aku tunggu subuh dulu. Kalau dah sembahyang, senang buat kerje terus, tak ada gangguan.....Kul 6am, aku kukus bancuhan tu. Sikit aje boleh kukus setiap kali sebab aku tak ada banyak acuan. Dah tu nak goreng karipap lagi. Sudah-sudahnya siap pukul 8.30 am jugak. Berkejar-kejar aku pegi hantar kuih-kuih yang dah siap tu ke rumah Mak Long. Malam yang aku sedang sibuk buat rendang dan karipap tu, sebenarnya Mak Long aku ni call lagi. Dia nak kan aku buat roti jala 2-3 kg, untuk tengahari pulak. So bila dah serahkan kuih-kuih tu, aku pun balik start pulak membancuh roti jala. Sekali lagi anak dara aku tu 'come to the rescue'. Aku tebar, dia lipat dan susun. Begitu-begini, pukul 12 tengahari aku hantar balance order pada Mak Long.


Tak habis lagi, kejar-kejar pulak aku mandi dan bersiap untuk ke Bandar Tasik Putri, Rawang untuk meraikan majlis perkahwinan anak sahabat cum landlord aku. Mak tuan jauhnya. Dahlah badan penat, kaki rasa tak larat nak jalan lagi tapi gagahkan jugalah. Nak menghormati jemputan orang. Kita pun rasa besar hati jugak, orang still ingat nak jemput kitakan........ Balik dari majlis tu, aku solat dan boom......pengsan atas katil, tak tau apa-apa lagi.....mesti aku berdengkur punya maklumlah tak cukup tidur dan kepenatan melampau. Dapur pun aku biar je, tak kemas. Anak aku sibuk nak habiskan assignment. Masa dia dah banyak abis menolong aku, sampai kerja dia sendiri terbengkalai. Malam nanti dia nak balik uni sebab esok dia nak gi melawat Hospice Malaysia....Hospice? Betulke ejaan tu?

Aku tidur taklah lama sangat. Aku bangun untuk solat Asar. Dah siap kemas, aku gi umah emak sekejap. Adik-adik aku ada kat sana. Sebelum tu duduk mendengarkan cerita Mak Long, lama jugaklah...... Malam tu aku duduk relax tengok ulangan Super Spontan. Hari tu aku tak dapat tengok. Aku gi mencandat.....Sampai pukul 1pagi aku kluar untuk hantar anak aku balik uni. aku sampai kat umah pukul 3 am....... Bila aku ingat bagaimana letihnya aku hari tu, memang aku tak mau nak ambik order tu, tapi aku sedar, aku tak ada pilihan. Aku harus bekerja keras untuk keluargaku. Aku sekarang bertanggungjawab atas keluarga sepenuhnya....Jadi, penatke, letihke aku tak peduli, aku tetap akan bersungguh-sungguh dalam usaha aku mencari rezeki. Tiada istilah malas dalam kamus kehidupanku.......Semuga Allah memberi kemurahan rezeki untukku dan anak-anak, Amin..........