Eih.....rasa baru semalam je tahun 2009 menjelma. Hari ni dah pulak hari pertama di tahun 2010. Tak terasa setahun dah berlalu. Masa yang panjang sebenarnya yang membawa pelbagai episod dalam kehidupanku. Episod2 sedih yang membawa ketenangan.........dalam hidupku mahupun kedua2 anak gadisku. Macamana ek? Sedih tapi tenang.............
Malam tahun baru 2009 ku sambut dengan keluar makan di Kajang dan melepak di rumah dengan S. L pulak berada di kolej. Funny jugak rasanya sebab tahun2 sebelumnya kami berempat akan menyambut bersama2 tak kira bagaimana tapi bersama........Kini bermulalah kisah perpecahan dalam keluarga yang selama ini ku pertahankan selama 20 tahun. 20 tahun adalah masa yang panjang yang meminta terlalu banyak pengorbanan. Pengorbanan yang tidak ku pinta balasan selain dari kebaikan untuk keluargaku....Tapi aku kecundang jugak akhirnya. Tak berdaya aku menahan. Keupayaanku tiada lagi kerana aku keletihan ...............
Lima hari selepas tahun baru 2009, aku pulang ke rumah ibuku. Nasib baik orang tua tu ada rumah aku nak tumpang, kalau tidak, manalah aku nak pergi. Aku tak ada duit simpanan, aku tak ada harta apa-apa. 20 tahun ku lalui hanyalah untuk membesarkan anak2 dan menjaga rumah tangga. Tak ada apa2 hakku dalam keluarga ini. Aku hanya perlu mengikut perintah saja, dan bila perintah tidak dituruti, inilah yang aku dapat....Terpaksa menumpang hidup pada orang tuaku. Pinggan sebiji pun bukan kepunyaanku......Apatah lagi benda2 yang lebih berharga.
Aku terasa pinggan pun lebih berharga dari diriku ini. Jangan tanya mengapa aku tak pergi ke Jabatan Agama Islam. Aku pergi berkali2. Tapi biasalah.....Dari satu pejabat ke pejabat yang lain, kesku ini belum jugak ada apa2 perkembangan. Sudahlah untuk memujuk diriku untuk pergi mengadu pun mengambil masa yang lama.......terlalu sedih, hinggakan aku tak mampu mengulangi episod2 duka itu di hadapan orang lain.
Di tahun 2010 setelah setahun kisahku berlalu, kami mula menemui ketenangan. Aku dan anak2ku merasa hidup kami lebih bermakna. Kami dapat membuat keputusan sendiri untuk kehidupan harian mahupun untuk masa depan. Aku tahu masa dan perjalanan masih jauh buat anak2ku. Tapi kami tidak lagi terasa seperti tidak berharga, tidak berguna...... Yang lebih bererti bagiku walaupun kami tinggal bertiga, tapi kami lebih rapat dan lebih menghargai antara satu dengan lain. L yang kini bekerja untuk menyara keluarga kecil ini, sesungguhnya anak yang baik. Sangat bertanggung jawab. S pula lebih tenang dengan pelajarannya yang semakin memerlukan konsentrasi. Aku menghabiskan masaku sehari2 dengan anak kecil yang nakal....anak adikku yang mula ku jaga sejak berumur tiga bulan. Sekarang dia berumur 18 bulan dan semakin nakal.
Hari-hari kami lalui dengan tabah.
Doaku, agar hari2 mendatang akan membawa sinar kegembiraan buat kami tiga beranak. Aku inginkan kejayaan tiba jua ke tangan anak2ku walaupun tanpa insan yang dipanggil ayah.
Aku memohon agar Allah memberikan rahmatNya ke atas kami. Selamat dunia akhirat. bahagia dunia akhirat.
Biarlah 2010 ini tahun yang akan memulakan segala yang baik buat kami. Amin.
My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!
Thursday, December 31, 2009
Monday, December 7, 2009
Mummy dearest
Ibuku dah berusia 70 tahun. Esok aku nak bawak dia ke Hospital Putrajaya untuk buat 'scan'. Problemnya ada kena mengene dengan bahagian perutnya yang selalu sakit. Setakat ni doktor belum dapat memastikan apakah sebabnya. Aku hairan jugak. Bukan sekali dua, tapi almost tiap2 bulan ada appointment kat hospital, buat scan, buat scope dan ntah ape2 lagilah. Tapi dia begitu jugak......Sedih ati aku tengok muka dia bila dia sedang kesakitan tu. Tapi apa aku boleh buat selain dari menasihati dia supaya makan ubat dan menjaga makanannya. Tak lupa juga aku berdoa memohon dari Allah supaya memberi kesihatan kepadanya.
Semua itu membuat aku berfikir, bagaimana dengan diriku? Aku ni sebenarnya memang jenis yang tak pernah menghiraukan kesihatan diri. Sedari usia muda hingga sekarang diriku ini seakan aku lupakan. Ada yang lebih penting bagiku. Anak2, keluarga, anak buah dan macam2lah. Sekarang pun aku dah ada darah tinggi. Sakit kakilah, sakit lututlah. Biasalah orang pompuan. First sekali mestilah dari pinggang ke bawah yang akan memberi problem.
Walaupun aku mula berjinak2 dengan bisnes jualan langsung yang menjual barang2 kesihatan, aku pulak belum ada kemampuan nak membelinya. Maklumlah barang2 tu mahal. Bonus aku baru 'seciput'. Aku guna pakai yang murah2 dan tumpang2 mak aku punya. At least aku taulah keberkesanan barang2 tu.
Bercakap tentang 'Direct Selling' ni, aku rasa seronok dan bersyukur sangat, diperkenalkan kepada peluang tu. Bukan sapa2 pun yang kenalkan aku, adik aku sendiri. Adik aku ni memang bersungguh2 nak aku mengambil peluang tu. Maklumlah dia tau aku ni tak bekerja, tak ada harta, simpanan jauh sekali. Laki campakkan aku sehelai sepinggang (lebih kuranglah, walaupun adalah baju2 yang buruk2 tu dia campak ke luar rumah). Apa yang aku ada selama 22 tahun bersama2nya, semua diambilnya. Sebijik pinggan pun aku tak dapat. Jangan tanya mengapa aku tak pergi mengadu ke Jabatan Agama. Itu cerita lain.......
Walau apa pun aku tak kisah. Yang penting sekarang aku gembira hidup bersama anak2ku yang aku banggakan. Kedua puteriku ini sungguh bertanggungjawab. Mereka masih belajar di kolej tapi menjaga aku dan memastikan aku hidup sebagaimana dulu. Aku sentiasa berdoa agar anak2ku ini berjaya dalam kehidupan mereka dunia akhirat dan janganlah mereka melalui apa yang aku sudah lalui ini. Amin.
Terjagalah aku pukul 5 pagi........Nak pergi Putrajaya, nak pergi Putrajaya......zzzzzzzzzzz

Sunday, December 6, 2009
Tak rela ketinggalan
Secara tak sengaja aku terbaca blog housemate anakku. Seronok pulak. Terfikir, kenapa aku sendiri tidak ada blog. Yang pasti, sedari dulu aku memang tak pernah menulis walaupun seingatku, sejak kecil ibu selalu menggalakkan aku menulis. Paling malang diary pun aku tak ada. Menyesal jugak. Maklumlah bukan semua perjalanan hidupku dapat disimpan dalam diary minda nih.....
Agaknya ada yang akan berkata, ala dah tua macam aku nih baru nak berblog2la pulak. Jaga cucu dan pergi dengar ceramah ugama lagi baik. Tapi aku tak ada cucu lagi. Takkanla pulak nak dengar ceramah sehari suntuk. Husband pun tak de nak jaga. Singlela katakan...........
Tu yang aku berazam(dalam hatilah kan) tak mau ketinggalan. Tak, tak rela....Aku pun nak ada blog jugak.
Bila anak aku dah tidur (malu nak bagitau yang aku teringin nak ada blog), aku diam2 on laptop dan cuba nak create account untuk blog. Dapat pulak tu. Ni yang aku start blog aku ni.....
Aku dok pikir2, apa aku nak tulis dalam blog aku ni ha? Maklumlah aku ni bukan jenis yang pandai menyusun kata walaupun aku ni dah masuk dalam golongan 'lama', 'senior', 'otai' dan tah apa2lah lagi istilah yang diberi oleh generasi muda kepada ku dan orang2 yang sewaktu denganku. Tak kisahlah....Mungkin perjalanan hidupku yang tak tahu berapa lama lagi ni agaknya. Sekurang-kurangnya puas jugaklah hati aku, di dalam hayatku, aku ada blog. Kawan2 aku rasa2nya, tak sorang pun yang ada kot....heheheh.

Subscribe to:
Comments (Atom)