My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Thursday, December 31, 2009

Hari baru di tahun baru......

Eih.....rasa baru semalam je tahun 2009 menjelma. Hari ni dah pulak hari pertama di tahun 2010. Tak terasa setahun dah berlalu. Masa yang panjang sebenarnya yang membawa pelbagai episod dalam kehidupanku. Episod2 sedih yang membawa ketenangan.........dalam hidupku mahupun kedua2 anak gadisku. Macamana ek? Sedih tapi tenang.............

Malam tahun baru 2009 ku sambut dengan keluar makan di Kajang dan melepak di rumah dengan S. L pulak berada di kolej. Funny jugak rasanya sebab tahun2 sebelumnya kami berempat akan menyambut bersama2 tak kira bagaimana tapi bersama........Kini bermulalah kisah perpecahan dalam keluarga yang selama ini ku pertahankan selama 20 tahun. 20 tahun adalah masa yang panjang yang meminta terlalu banyak pengorbanan. Pengorbanan yang tidak ku pinta balasan selain dari kebaikan untuk keluargaku....Tapi aku kecundang jugak akhirnya. Tak berdaya aku menahan. Keupayaanku tiada lagi kerana aku keletihan ...............

Lima hari selepas tahun baru 2009, aku pulang ke rumah ibuku. Nasib baik orang tua tu ada rumah aku nak tumpang, kalau tidak, manalah aku nak pergi. Aku tak ada duit simpanan, aku tak ada harta apa-apa. 20 tahun ku lalui hanyalah untuk membesarkan anak2 dan menjaga rumah tangga. Tak ada apa2 hakku dalam keluarga ini. Aku hanya perlu mengikut perintah saja, dan bila perintah tidak dituruti, inilah yang aku dapat....Terpaksa menumpang hidup pada orang tuaku. Pinggan sebiji pun bukan kepunyaanku......Apatah lagi benda2 yang lebih berharga.
Aku terasa pinggan pun lebih berharga dari diriku ini. Jangan tanya mengapa aku tak pergi ke Jabatan Agama Islam. Aku pergi berkali2. Tapi biasalah.....Dari satu pejabat ke pejabat yang lain, kesku ini belum jugak ada apa2 perkembangan. Sudahlah untuk memujuk diriku untuk pergi mengadu pun mengambil masa yang lama.......terlalu sedih, hinggakan aku tak mampu mengulangi episod2 duka itu di hadapan orang lain.

Di tahun 2010 setelah setahun kisahku berlalu, kami mula menemui ketenangan. Aku dan anak2ku merasa hidup kami lebih bermakna. Kami dapat membuat keputusan sendiri untuk kehidupan harian mahupun untuk masa depan. Aku tahu masa dan perjalanan masih jauh buat anak2ku. Tapi kami tidak lagi terasa seperti tidak berharga, tidak berguna...... Yang lebih bererti bagiku walaupun kami tinggal bertiga, tapi kami lebih rapat dan lebih menghargai antara satu dengan lain. L yang kini bekerja untuk menyara keluarga kecil ini, sesungguhnya anak yang baik. Sangat bertanggung jawab. S pula lebih tenang dengan pelajarannya yang semakin memerlukan konsentrasi. Aku menghabiskan masaku sehari2 dengan anak kecil yang nakal....anak adikku yang mula ku jaga sejak berumur tiga bulan. Sekarang dia berumur 18 bulan dan semakin nakal.
Hari-hari kami lalui dengan tabah.

Doaku, agar hari2 mendatang akan membawa sinar kegembiraan buat kami tiga beranak. Aku inginkan kejayaan tiba jua ke tangan anak2ku walaupun tanpa insan yang dipanggil ayah.
Aku memohon agar Allah memberikan rahmatNya ke atas kami. Selamat dunia akhirat. bahagia dunia akhirat.
Biarlah 2010 ini tahun yang akan memulakan segala yang baik buat kami. Amin.

No comments:

Post a Comment