My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Monday, December 7, 2009

Mummy dearest

Ibuku dah berusia 70 tahun. Esok aku nak bawak dia ke Hospital Putrajaya untuk buat 'scan'. Problemnya ada kena mengene dengan bahagian perutnya yang selalu sakit. Setakat ni doktor belum dapat memastikan apakah sebabnya. Aku hairan jugak. Bukan sekali dua, tapi almost tiap2 bulan ada appointment kat hospital, buat scan, buat scope dan ntah ape2 lagilah. Tapi dia begitu jugak......Sedih ati aku tengok muka dia bila dia sedang kesakitan tu. Tapi apa aku boleh buat selain dari menasihati dia supaya makan ubat dan menjaga makanannya. Tak lupa juga aku berdoa memohon dari Allah supaya memberi kesihatan kepadanya.

Semua itu membuat aku berfikir, bagaimana dengan diriku? Aku ni sebenarnya memang jenis yang tak pernah menghiraukan kesihatan diri. Sedari usia muda hingga sekarang diriku ini seakan aku lupakan. Ada yang lebih penting bagiku. Anak2, keluarga, anak buah dan macam2lah. Sekarang pun aku dah ada darah tinggi. Sakit kakilah, sakit lututlah. Biasalah orang pompuan. First sekali mestilah dari pinggang ke bawah yang akan memberi problem.
Walaupun aku mula berjinak2 dengan bisnes jualan langsung yang menjual barang2 kesihatan, aku pulak belum ada kemampuan nak membelinya. Maklumlah barang2 tu mahal. Bonus aku baru 'seciput'. Aku guna pakai yang murah2 dan tumpang2 mak aku punya. At least aku taulah keberkesanan barang2 tu.

Bercakap tentang 'Direct Selling' ni, aku rasa seronok dan bersyukur sangat, diperkenalkan kepada peluang tu. Bukan sapa2 pun yang kenalkan aku, adik aku sendiri. Adik aku ni memang bersungguh2 nak aku mengambil peluang tu. Maklumlah dia tau aku ni tak bekerja, tak ada harta, simpanan jauh sekali. Laki campakkan aku sehelai sepinggang (lebih kuranglah, walaupun adalah baju2 yang buruk2 tu dia campak ke luar rumah). Apa yang aku ada selama 22 tahun bersama2nya, semua diambilnya. Sebijik pinggan pun aku tak dapat. Jangan tanya mengapa aku tak pergi mengadu ke Jabatan Agama. Itu cerita lain.......

Walau apa pun aku tak kisah. Yang penting sekarang aku gembira hidup bersama anak2ku yang aku banggakan. Kedua puteriku ini sungguh bertanggungjawab. Mereka masih belajar di kolej tapi menjaga aku dan memastikan aku hidup sebagaimana dulu. Aku sentiasa berdoa agar anak2ku ini berjaya dalam kehidupan mereka dunia akhirat dan janganlah mereka melalui apa yang aku sudah lalui ini. Amin.

Terjagalah aku pukul 5 pagi........Nak pergi Putrajaya, nak pergi Putrajaya......zzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment