Dah dua hari aku jadi supir. Hantar anak sedara ke sekolah dan jemput dari sekolah. Adik sepupu aku mintak tolong. Dia tak dapat nak hantar sendiri sebab dia jaga periksa (invigilate) dari pagi hingga ke petang. Kalau aku tak boleh tolong, terpaksalah anak buah aku ni ponteng. Sekolah tu jauh, tak larat nak jalan atau naik basikal. Perkhidmatan bas pun tiada. Jadi aku pun tolonglah. Itu pun nasib baik sebab ada kereta. Anak aku kerja malam so siang kereta dia tak guna. So aku pun jalankan tugas aku dengan penuh dedikasi. Di akhir dua hari itu, aku diberi upah yang aku rasa tak perlu pun kerana pertolongan aku tu kecil sangat. Tapi sepupu aku ni bersungguh-sungguh nak aku ambik duit tu. Mungkin dia memikirkan aku ni bukan orang banyak duit..., minyak, tenaga dan masa aku dah gunakan untuk menolong dia. Akhirnya selepas bertolak-tolak (yelah...kita kena basa-basi jugakkan, takkan nak ambik terus bila orang hulur....orang Melayulah katakan....)aku pun terima. Sebenarnya, bukan itu yang aku nak cite kat sini.....aku cuma terkenangkan zaman aku bersekolah dulu. Waktu aku sebaya dengan anak buah aku ni................
Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.......tak ada yang berlebih, kurang adalah!!!! Keluarga kami ada tujuh orang yang Lit nak bagi makan. Dulu-dulu bukan macam sekarang, kerja senang nak dapat....kerja pun tak ade, nak buat camne?
Bila aku masuk Form 1, sekolah jauh,kena naik kenderaan. Samaada bas atau kereta. No choice, aku terpaksa tumpang pakcik aku yang memang mengajar di sekolah itu. Oleh kerana tak ada duit nak bayar tambang, aku terpaksa membuat kerja-kerja yang disuruh. Cuci kereta, siram bunga, menyapu halaman rumah, cuci longkang, gosok lantai simen dalam rumah dia dengan hampas kelapa,angkat air perigi untuk mandi 3 orang anak dia dan isterinya yang baru melahirkan, pijak kakinya yang selalu lenguh dan apa-apa ajelah yang diperintahkan. Aku terpaksa buat tanpa boleh membantah kerana aku tau aku tak ade jalan lain untuk ke sekolah kalau tak menumpang kereta pakcik aku nih.......Itu belum lagi perut aku yang selalu dicubitnya bila anaknya yang muda sedikit dari aku membuat sesuatu yang salah di sisi pakcikku ini! Aku yang kena, walaupun aku tak tau ape-ape, rationalnya, aku mesti jaga anak dia, so kalau anak dia buat salah, aku yang kena ambik tanggungjawab tu!!!!!
Aku dapat jugaklah upah, setelah bertungkus-lumus membuat kerja-kerja di rumahnya, 30sen.....ya, 30sen yang akan diberi oleh makcikku, setelah aku selesai menjalankan tugas..........lepas tu aku balik rumah keletihan, mengulangkaji pelajaran pun tak!
Aku jugak sering ditinggalkan di sekolah. Masa balik, aku cari-cari kereta dia, tapi tak ade. Kekadang adalah yang datang bagitau yang pakcik aku nih pergi meeting.. So aku pun tunggu sampai petang dengan perut yang lapar...maklumlah takde duit belanja. Ada hari-harinya, dia suruh balik sendiri...nilah waktu yang membuat aku menggelabah.....kena cari sesapa aje nak pinjam duit tambang, kalau tak, macam mana nak balik? Pernah aku jalan kaki, sampai rumah....tapi masa tu taklah rasa ape, umur belasan tahun, mana tau sakit atau tak larat...redah aje........!
Bila aku teringat balik kisah-kisah dulu dan aku banding-bandingkan dengan bebudak sekarang, untung sangat jadi bebudak sekarang. Yelah, macam anak buah aku tu, takde kenderaan sendiri, boleh cari orang lain hantarkan dia ke sekolah. Bukan saja ibubapanya ada duit, tapi tiap-tiap rumah sekarang ni, at least ada sebuah kereta, so, senang-senang boleh mintak tolong......Pulang kat dia orang je samaada nak belajar atau tidak. Begitu juga dengan kemudahan pelajaran. Takde duit nak belajar, kalau bijak, ada biasiswa, kalau tak, ada loan, tak pun, ada PTPTN.....kan senang tu...Pilihlah apa course yang nak buat, semua ada.....Aku dulu, kalau bab-bab belajar ni, boleh tahan, taklah genius, tapi bolehlah! Tapi makku sampai berdoa agar aku jangan terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh kerana dia tau, tak ada duit untuk menghantar aku belajar di situ......sedih aku.......
Sekarang nih, time aku dah habis, kalau aku nak belajar pun, aku belajar buat talam aje...tapi untuk anak-anakku, selagi mereka mahu, selagi mereka boleh, aku akan support mereka. Syaz memang masih di uni. Liy terpaksa berhenti belajar dahulu untuk memastikan perjalanan Syaz tak terganggu. Tapi InsyaAllah, Liy akan menyambung pelajarannya pula. Aku sebagai ibu mereka akan sentiasa memberi galakan pada anak-anakku untuk belajar. Aku berdoa pada Allah agar mempermudahkan perjalanan kehidupan anak-anakku dan jangan mereka melalui apa yang pernah aku lalui dulu....Amin.
No comments:
Post a Comment