My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Monday, October 10, 2011

Aku masuk kelas............



Lama aku tak update blog ni. Busy sikit...maklumlah....mencari rezeki. Bukanlah aku ni dah pergi bekerja sekarang ni, cuma ada pulak yang mengorder makanan. Taklah banyak, tapi dek aku ni buat sorang-sorang......tonggang-langganglah jugak. Planning kerja, cost and nak cari resepi tersedap (walaupun kekadang, buat-buat, tapi tak sedap), semuanya memerlukan masa. Dari pergi pasar utk membeli barang-barang, menyiang, membersih sampailah memasak, sampailah menghantar kepada customer....akulah sendiri yang buat. Tak cukup itu, aku juggle dengan nak jaga anak-anak buah aku, anak-anak aku sendiri, kekadang emak aku pun 'enter frame', nak mintak antar mana-mana..........itulah yang membuat aku yang dah setengah abad nih tak berdaya nak pikir apa-apa untuk updatekan blog! Bila malam aje, ingatan aku pada bantal.......'Road to Rome' aku pun, dah tak ku pedulikan lagi..........

Untuk menambahkan skop dalam menyediakan makanan yang bolehku buat, aku pergi kelas membuat kuih talam pada 8/10/2011 yang lepas. Mula aje kelas ni, aku pun terasa menyesal yang amat sangat kerana tidak pernah terpikir untuk menyertai kelas-kelas seperti ini dari dulu. Aku minat nak masak kuih-kuih ni, tapi memang tak berbakat.....selalu buat untuk keluarga, tapi.....tak pernah memuaskan hati, rasa sedap tapi rupa....hampeh!!!!! Jelous sangat tengok orang buat kuih cantik-cantik especially talam. Bazaar Ramadhan Beranang adalah tempat aku suka pergi sebab ada seorang adik nih yang sangat pandai membuat talam-talam. Juadah yang dijualnya hanyalah talam-talam.
Yang menyertai kelas talam kali ini 19 orang. Sangkaanku, akulah yang datang dari tempat yang terjauh, ropa-ropanya, ada lagi yang jauh, dari Melaka, dari Terengganu dan dari Medan, Indonesia!!! Aku berkenalan dengan seorang usahawan dari Serdang. Puan Hamidah, walaupun masih berkerja, tapi telah pun mempunyai sebuah restoran yang diusahakan bersama-sama suaminya. Menurut katanya, dia dah pergi ke merata tempat untuk belajar membuat kuih-muih dari berbagai orang termasuklah Florence Tan......Terkedu aku kerana bila aku decide nak joint kelas ni, aku rasa macam akulah orang yang sungguh berusaha untuk memajukan diri.......itu baru nak joint......orang lain kelas after kelas dan dah banyak mengaut keuntungan dari hasil kerja mereka.........mana taknya menurut kata Chef yang mengajar tu, sebiji talam boleh dijual dengan harga rm 35!!!!

Aku suka sangat nak mencuba apa yang ku pelajari lebih-lebih lagi Syaz amat supportive dalam hal ini. Semangat dia lebih kuat dari aku sendiri....Dia bersusah-payah menemankan aku sehari suntuk mencari barang-barang untuk mencuba skill aku dalam membuat kuih kali ni. Dia juga sanggup membantu aku meng'enquire' dari cafe tempat dia belajar kalau-kalau boleh aku hantar kuih untuk dijual.....kini cuma menunggu aku memahirkan diri sebelum aku confident untuk berniaga......Liy pulak, bukan tak support, tapi dia dengan cara yang lain, dialah yang membayar duit untuk joint kelas nih..........! Baik anak-anak aku. Liy dah suruh aku pergi belajar part yang seterusnya........tapi aku nak cuba buat yang aku dah belajar dulu, barulah nak sambung lagi.....

Yelah, satu yang pasti.....apa-apa pun, kerja keras, semangat yang kuat, tabah, sanggup menghabiskan masa untuk mempelajari satu-satu benda baru hendaklah ada, jika mahukan kejayaan dalam apa-apa jua bidang. Macam aku nih, keinginan ada, tapi semangat tu, kurang kekentalannya....mudah luntur.....aku mengaku! Doaku, supaya usahaku diberkati Allah dan semuga aku berjaya dalam apa yang ku buat....Amin.....!!!!



No comments:

Post a Comment