My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Wednesday, September 14, 2011

Europe...oh Europe!

     Hari ni tetiba aku teringatkan kisah dulu2. Kisah aku  travelling bersama2 family.....Aku ni memang kuat berjalan. Kata ibuku, kalau pasal berjalan semua jadi baik. Badan sakit jadi sihat, kaki lemah jadi kuat, abis2 kurang duit pun bukan menjadi penghalang untuk melihat-lihat negeri orang.
Sebenarnya siang tadi aku menonton program 'Jurnal Kembara' bersama Haliza Misbun sebagai hostnya. Dia telah ke Paris dan negara2 di Eropah untuk bertemu  dengan students dan rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Aku teruja sangat sebab aku pernahlah menjejakkan kaki dibeberapa tempat yang dikunjunginya. Tempat2 seperti Brugge, Gent belum dapat kulupakan lagi.  Aku juga pernah menjejakkan kaki di Bandaraya Paris. Kami melawat tempat2 ini dalam masa yang singkat, 4 hari saja walaupun kami melancong kali itu selama 15 hari kerana selebihnya kami berada di Kota London.

     Aku mengagumi bandar2 warisan seperti Brugge kerana di sini kita dapat melihat bagaimana bangunan2 lama yang cukup terpelihara yang menjadi kebanggaan mereka. Bukan saja bandar yang tidak seberapa besar ini cantik, bersih dan sungguh indah dengan bangunan2 lamanya, masyarakat mereka juga friendly dan helpful. Aku teringat peristiwa bagaimana kami sekeluarga yang baru sampai ke bandar kecil itu dengan menaiki bas. Walaupun kami tidak pernah menjejakkan kaki di situ, kami terus menggunakan perkhidmatan bas dari station keretapi kerana ia jauh lebih murah dari teksi (maklumlah budget x banyak). Malangnya kami tak tahu tempat nak turun untuk ke hotel yang telah kami tempah. Si pemandu bas bila mengetahui yang kami dah terlepas tempat turun sepatutnya ( memandangkan hanya kami sefamily saja yang ada di dalam bas dan bas dah sampai ke destinasi akhir), sanggup menghantar kami semula ke tempat sepatutnya dengan berpatah balik dan memastikan kami sampai ke hotel yang kami tempah itu..........Agak jauh juga perjalanannya......namun beliau melakukan dengan gembira sekali. Mungkin mereka sedar pelancong2 inilah yang menjana pendapatan untuk kebanyakan penduduk di situ.

Mereka masih dibangku sekolah  
   
     Pengalamanku ketika di Paris juga menyedarkan aku bahawa  di kota Metropolitan yang besar dan gah ini, masih dipenuhi insah2 yang prihatin yang sanggup 'go all the way' membantu  yang memerlukan. Bayangkan, kami pergi on our own, xde kawan, xde kenalan, x join tour group. Bak kata orang memandai-mandai sendiri je. Dah tu,  kami tidak tau French. Tak tau tempat,  xbuat research di internet sebab time tu kami  x tau sangat berinternet  ni!!! Nak tanya orang, nak jumpa satu yang tau English pun susah. Ada yang tau sepatah2 dan cuba nak membantu tapi oleh kerana halangan bahasa itu, tidak juga dapat yang dicari. Waktu itu hari dah semakin gelap, maklumlah winter time. Hati di dalam tuhan je yang tau menggelabahnye. Maklumlah anak gadis dua orang yang dibawak, hotel yang ditempah tak tau di mana. Scene ini sebenarnya di train station.....Akhirnya muncullah sorang hamba Allah ni yang perasan kami yang tercangak2 nk beli tiket pun x boleh pasal xtau bercakap French. Dia menegur (of course dalam Englishlah) dan membawa kami ke kaunter tiket dan kemudian  ke platform yang betul. Katanya dia akan menaiki train yang sama dengan kami, cuma dia harus turun terlebih dahulu dari kami.
Trafalgar Square

Depan rumah sepupu
         Di sepanjang perjalanan dia berbual dengan kami dan memberitahu yang dia adalah seorang penyanyi. Setelah lama berbual, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan hingga ke station di mana kami harus turun dan kemudian dia berpatah balik untuk sampai ke tempatnya. Terharu sungguh bila dapat bertemu orang yang sebegini...........dan terkilan kerana tidak bertukar2 email address untuk berhubung terus dengannya. Disebabkan kesukaran yang kami tempuhi di Paris kerana tidak tau berbahasa French, kedua2dua anakku mengambil keputusan untuk belajar bahasa tersebut dan sekarang mereka dah boleh bertutur dengan baik. Bolehlah pergi lagi nampaknya ni!!!!!!!!!!

     Banyak lagi kenangan2 manis yang kami lalui semasa 15 hari kami berada di UK dan Europe. Nak cerita, panjang sangatlah pulak. Cuma yang aku enjoy terlebih2 tu adalah waktu memasak. Sayur2, buah2an   dan makanan2 lain seperti ayam dan daging memang fresh....seronok sangat time tu.........!  Lagi satu,  bila terdengar lagu Dido - White Flag, rasa semacam aje terkenangkan waktu kami di sana sebab lagu tu sedang popular waktu tu kat UK...... 

Aku xtau apa orang pikir bila baca tulisan aku nih. Mungkin ada yang ingat aku ni mengagung2kan tempat orang sedangkan tempat sendiri xkurang cantiknya. Betul, aku setuju, tapi sepatutnya kita lebih peka dalam hal memulihara bangunan warisan kita. Contoh yang aku dapat bagi, Bangunan Sultan Abdul Samad/ mahkamah berhampiram Dataran Merdeka. Bukankah itu bangunan yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan? Tapi cubalah lihat dan tinjau keadaan di dalamnya? Amat menyedihkan, sedangkan kawasan itu adalah kawasan yang paling popular  bagi para pelancong. Kita dah lama tahu pelancongan amat penting dalam menjana pendapatan negara, tapi masih kurang usaha dan kesedaran dalam hal2 membabitkan pemuliharaan bangunan2 lama. Yang dilebihkan adalah pesta menari-nari di tengah jalan yang nampak sama saja bila2 pun pesta itu diadakan!!!!!!
Adoyyaiiiii!
             

No comments:

Post a Comment