My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya 2011


Hari ni dah lebih kurang dua minggu kita beraya....cepatnye masa berlalu....rase baru aje aku sibuk nak membuat persiapan menyambut hari gumbira itu.....!
Jangan main-main, carpet shaggy merah lagi!
Keluarga Md Nor yang besar.

7 adik-beradik.

Berlumba nak sayang ibu.
Tahun ni boleh katakan sambutan yang agak meriah juga jika dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin disebabkan anakku dapat cuti kot.......(sebelum ni, Liy pergi kerja pada petang hari raya...ala xbestnye, xdapat menziarah sanak saudara pun.....!)  Pagi raya, kami 3 beranak pergi rumah ibu. Macam biasalah sesudah sessi bermaaf2an dan berpeluk-cium, kami ada sessi bergambar. Adik ipar aku yang sorang ni, memang minat dengan fotografi...so kitorang xpayah risau soal ada xde kamera ni. Dia bertanggung-jawab mengambil gambar tiap2 keluarga dan gambar2 semua dalam keluaga besar ini. Dah abis posing2, kitorang start menjalankan aktiviti tahunan iaitu menyerbu rumah Mak Long. Dekat je...cross the road. Ini rumah favorite semua sebab hasil yang lumayan baik dari segi hidangan maupun hasil kutipan. Bayangkan anak2 dan cucu2 semuanya yang hampir berjumlah 30 orang dapat  rm10 tiap seorang. Yang dewasa plak rm50. Ibuku mesti lebih...tapi dia xmau bagitau...rahsia katanya. Yelah mudah2an rezeki Mak Longku ini akan bertambah2 hendaknya.
Dari situ kami beraleh ke rumah neighbor plak....yang pasti  'asam laksa' adalah hidangan wajib di rumah ini.
Syaz anak manjaku -  mencium tangan
                                             

Ciuman ibu pada anak tersayang.
Aktiviti sebegini berterusan sehinggalah waktu A'sar di mana kami terpaksa 'adjourned' kerana kekenyangan dan nak balik sembahyang......hai best jugak setahun sekali buat macam ni........Tapi ada jugak tahun2 di mana kami xdapat pergi mane2 sebab rumah ibu pulak yang kena serbu sedari pagi lagi.......!

Inilah anak2ku. Yg ber t-shirt kuning tulah Abu!

Liy and her friends from India

     Raya kedua, kami ada tamu2 yang memang kami 3 beranak nanti2kan. Keluarga Lim dan Gan. Family ini sudah kami kenali selama 12 tahun. anak2 mereka, E-link atau ku panggil Comoi, William atau Abu dan Arnold atau Anok sudah seperti anak2ku sendiri. Sebenarnya ke3 mereka ni aku baby-sit dulu, Comoi semenjak umur 1 1/2 bulan lagi dan terus hinggalah yang ketiga. Bukan setakat jaga saja, aku pernah menjadi supir mereka untuk pergi balik sekolah. Tapi aku xkisah. Mereka keluarga baik-baik walaupun berlainan bangsa dan agama dengan kami. Merekalah keluarga kami waktu itu kerana aku jauh dari kelurga sebelahku manakala my ex mak mertua bukan ramai ahli keluarga...pun jauh jugak!!!!!! Aku teruja sangat bila melihat si Abu yang bertambah montel tu!!!!!

     Hari2 seterusnya aku berziarah terus-terusan. This time sampai Kuantan dan terus ke Terengganu. Biasalah, aku ni kalau ajak berjalan xkiralah makan anginke, rayake....lagi pun aku minat sangat 'long drive' ni.....So aku pergi ke rumah besan adikku di Kuala Trengganu...raya sakan aku................

     Ni umah adik-beradik belum lagi nih....diorang ada yang dah buat plan nak buat weekend yang akan datang ni. Kalau sihat dan xde ape2, InsyaAlah aku akan pergi beraya  LAGI!!!!!!

     Cite aku ni biasa2 aje. Semua orang pun begitulah lebih kurangnya cara menyambut hari lebaran yang mulia itu. Apa yang aku realised adalah, dalam keadaan mana sekali pun, pasti akan ada orang di sekeliling yang menyayangi dan menyokong kami untuk terus hidup dengan gembira. Raya tetap akan kami sambut seadanya. Walaupun serba kekurangan tapi kegembiraan yang hadir tidak mengira kekurangan material itu. Malah kami lebih bersyukur kini dengan apa yang kami ada kerana semuanya atas titik peluh kami sendiri.
Alhamdulillah...............
   





    

No comments:

Post a Comment