Malam ni Mimi called. Mimi ni adik aku. Dia orang hospital gak, tapi Hospital Putrajaya. Dia ajak aku pergi Seremban, ke ladang herba Seremban untuk mencari 'Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake grass' yang dikatakan berkesan untuk mengubati cancer, high cholesterol, high uric-acid, high sugar in blood dan lain2 highlah lagi. Aku ni sebenarnya baru je check darah dan didapati ada high uric-acid hasil dari makan rendang sepanjang bulan Syawal dan yang juga menyumbang kepada cholesterol yang berada di 'above border line'. Aku dah Google pasal daun belalai gajah ni dah dapat some infos mengenainya. Terimakasih pada blog 'kongsibersamanora.blogspot.com', dapat aku belajar berkenaan daun herba yang sangat sukar ditemui sekarang yang merupakan khazanah di bumi Allah yang semakin dilupai sekarang. Kan kita ni macam tu, kalau x tersepit x peduli untuk belajar/mengetahui sesuatu misalnya bila dah ada penyakit macam aku nih barulah nak search untuk dapatkan info.........bagusnya ada internet kan? Maklumat di hujung jari..........Masa aku muda2 dulu, xpernah pun terfikir akan ada internet......menyesallah jugak, dah tua2 baru nak belajar. Tapi at least adalah jugak dapat peluang tu (ini nak sedapkan hati!). Ramai kengkawan aku yang tak pernah tau nak guna computer pun, usah kata nak cari info dan sebagainya.........!
Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser
Aku berharap hari Sabtu ni, aku boleh pergi ke Seremban untuk mendapatkan daun belai gajah ni. Harap2 aku dapat menyiapkan order rendang daging dan ayam untuk hari tu lebih awal ........!!!!!!!
No comments:
Post a Comment