Sedari dulu lagi,semenjak aku menjadi suri-rumah sepenuh masa, aku mengambilupah menjaga kanak-kanak - anak-anak jiranku. Pernah suatu masa, aku menjaga 3 orang yang sebaya at the same time. Waktu itu aku rasa tersangatlah penat. Maklumlah ketiga-tiga kanak-kanak comel itu sedang berjalan-jalan 'jatuh'. Nak jalan sendiri xberapa nak kuat akan tetapi mereka tetap nak cuba berjalan jugak. Mana satu aku nak kejar.....? Mesti orang bertanya, dah tau penat, mengapa nak jaga tiga-tiga sekali? Sebenarnya dua orang ini memang aku jaga semenjak umur mereka 1 bulan setengah lagi. Kedua-duanya kawan-kawan yang duduk di sekitar taman perumahan kami juga. Mereka tak kisah walaupun aku dah beritahu yang aku menjaga lebih dari sorang. Aku sendiri pada mulanya memang tak mahu lebih dari sorang...takut tak terjaga, tapi mereka yang terlebih confident dengan aku, so aku pun carry-onlah.
Dah tu, aku ada kawan yang sama-sama aktif dalam '4wd club'. Kami selalu masuk hutan menjalankan aktiviti 'off road'. Dia ni pun ada anak...-lelaki yang sebaya dengan anak-anak yang aku jaga. Bila dia dengar aku dah baby-sit dua orang kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya, dia minta aku jaga anak dia plak. Merayu dia mintak aku jaga sebab dia susah nak percaya pada orang lain. Rumah dia memang jauh dari rumahku, so dia nak tinggalkan anak dia padaku dan hanya kan mengambilnya untuk dibawa pulang tiap-tiap 2 hari sekali. Aku ni tak sampai hati, setuju ajelah..........
Siang dengan 3 anak kecil, bila malam tak dapat cukup rehat kerana ada anak kecil yang ditinggalkan denganku. Campur dengan anak-anakku sendiri yang waktu itu masih di sekolah rendah, wow!!!!! Tak terbayangkan aku macam mana aku boleh survived. Suami aku bukan jenis yang mahu cincai, cerewet......baik dari segi makanan, pakaian mahupun rumah-tangga.......Bila aku pikir-pikirkan, aku faham kenapa aku sekarang lansung tak kisah nak menghias-hias rumah, nak masak berjenis-jenis.....Aku dah penat dengan semua itu!
Anak-anak yang bertiga itu; Amirul Arshad - anak jiran immediate neighborku. Lim E-Link si bulat yang aku panggil Comoi singkatan Comel Amoi(berbangsa Cina). Yang sorang lagi ni, anak campuran Melayu + Cina, Iskandar......Iskandar dan Amirul tidaklah lama aku jaga kerana ibu-bapa mereka berpindah ke tempat lain. Akan tetapi Comoi aku jaga sehinggalah berumur 10 tahun sebelum aku sendiri berpindah dari kawasan itu. Aku bukan saja menjaga Comoi, tetapi juga adik-adiknya iaitu Lim V- Link(Abu)dan Lim V-Leong(Anothai).
Budak-budak ni dah jadi macam anak aku sendiri. Aku ajar bagi salam bila datang kat rumah, baca doa bila nak makan dan lain-lain lagi. Tapi walau bagaimana pun aku sering memastikan yang ibu-bapa mereka tak salah anggap. Aku explain kat diorang apa yang aku ajar tu bukanlah bermakna aku nak menukarkan agama anak-anak diorang.........
Boleh dikatakan setiap Hari Raya diorang akan datang ke rumahku kerana anak-anak ini terutamanya comoi rindu makanan Melayu. Dia sangat suka makan sambal dan apa-apa masakan Melayu. Aku teringat seamasa dia berumur 7-8 tahun, dia sering membisikkan kat aku yang dia nak kahwin dengan Melayu dan membeli rumah yang berhampiran dengan rumahku supaya dia senang dapat makan masakanku. Hatiku sangat terhibur di waktu itu bila mendengar angan-angannya. tak terlintas di hatiku bahawa kami akan berpisah bukan saja antara aku dan keluarga Comoi tetapi yang lebih menyakitkan adalah kehancuran perkahwinanku......
Ah...Aku bukan nak emo-emo ni...tapi hanya teringatkan putaran hidup ini sementara kita masih menumpang di bumi Allah ini. Aku pasrah....kini aku semakin kuat hasil dari sokongan anak-anak, keluarga dan teman-teman...... Hanya aku tetap rindu pada anak-anak yang ku panggil Comoi, Abu dan Anothai!!!!!
No comments:
Post a Comment