Sekarang ni, aku memang selalu melancong. I'm a traveller not a tourist. Aku pergi ke satu-satu tempat dengan perbelanjaan yang termurah yang boleh aku dapat. Tak kira di dalam atau di luar negara, aku akan memastikan wang yang dibelanjakan adalah yang minimal. Pertama memang aku tak mampu untuk mengeluarkan dan menghabiskan banyak wang kerana aku tidak bekerja. Yang kedua, aku suka melihat/berjalan ke tempat orang dan aku ingin pergi sekerap yang boleh. Jadi, kalau nak tunggu banyak duit, alamat duduk rumah ajelah aku.
Baru-baru ni aku pergi ke Hoi An. Tempat ni memang aku 'aim' dari dulu lagi. Semenjak aku mendengar cerita kenalanku 'Amat' yang telah menjelajah hampir kesemua tempat di Vietnam, aku menyimpan cita untuk sampai ke sana satu hari nanti. Sebenarnya aku dah beberapa kali menjejakkan kaki di bumi Vietnam ni. Aku pernah ke Saigon/Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Aku juga pernah ke Hanoi dan terus melawat Ha Long Bay yang famous tu. Jadi bila saja AirAsia membuka laluan KL -Danang, aku pun ambik peluang tu. Aku tau, pasti ramai yang akan pergi ke Danang kerana bandaraya itu sedang membangun dengan pesatnya, tapi aku hanya lalu saja. Sesampai di Danang, aku terus beli tiket keretapi untuk ke Hue. Keretapi tamabangnya murah, cuma USD12 untuk 4 jam perjalanan. Aku tak kisah walaupun aku rasa itulah keretapi yang terkotor yang pernah aku naik. Penuh dengan sampah dan bau-bau yang kurang menyenangkan.
Setelah berada di Hue 2 malam, aku terus ke Hoi An. Bandar kecil yang telah diwartakan sebagai bandar warisan. Di sini tidak terdapat bangunan tinggi-tinggi dan canggih. Hanya kedai-kedai kecil.......aku menghabiskan masa 6 hari 5 malam di situ.
Apa yang paling menggembirakan aku adalah, sepanjang berada di bandar ini, aku hanya menggunakan basikal untuk ke mana-mana. Membeli-belah, makan, pergi ke tepi pantai....semualah dengan menaiki basikal yang disewa dari orang tempatan. Memang mengujakan kerana begitulah caranya para pelancong menikmati keindahan bandar ini....
Setelah kembali dari Vietnam, aku ke Sabah, Kota Kinabalu. Tak lama aku di situ, hanya 3 hari 2 malam. Terasa tak puas, memang aku ingin nak berkunjung lagi ke situ. Setelah sampai di KK, aku pergi bersiar-siar untuk melihat bandar ini. Aku bersantai di Waterfront sambil makan seafood. Berjalan-jalan diPasar Filipino untuk membeli sedikit cederahati. Keesokan hari aku pergi ke Kinabalu Park. Aku singgah di Poring Hotspring namun aku malas nak berendam kerana aku merasakan waktu yang aku ada cukup terhad. Aku teringin sangat untuk menaiki 'jambatan gantung'. Untuk naik melalui jambatan itu aku mestilah memanjang kaki gunung kinabalu itu setinggi 850' dari aras laut. Nak tercabut jugaklah kepala lutu aku, maklumlah dah berkarat sendi-sendi ini semuanya, namu aku kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan hulan lebat menyebabkan aku terpaksa berhenti di dalam hutam itu selama hampir 1/2 jam.
Aku meneruskan perjalanan bila hujan mula reda walaupun belum berhenti. Takut juga bila melihat hari yang semakin gelap. Nak tak nak aku redah dah akhirya sampai ke station memanjat jambatan gantung itu. Hati aku berdebar-debar sebelum melangkahkan kaki memijak jambatan itu. Aku tak boleh perpatah balik. Ini kehendak aku sendiri, aku mesti teruskan walaupun dalam hati aku tak putus-putus berdoa dan membaca apa saja yang aku tahu agar Allah menghindarkan aku dari perkara-perkara buruk. Maklumlah, tinggi tempat aku berjalan, di bawahku ialah pokok hutan Kinabalu yang famous itu.
Pulang dari Sabah, aku rehat, tak pergi mana-mana. Namun bila aku terbaca kisah mencandat sotong di Trengganu, hati aku bagai tak sabar-sabar nak mencuba. Sesungguhnya memang aku dah lama sangat nak merasai pengalaman mencandat ni. Bila aje dapat kawan-kawan yang nak join mencandat.....aku pun pergilah ke Trengganu. Memang awesome.......walaupun hujan dengan guruh sabung- menyabung, dan dengan 5 orang dari kawan-kawan yang bersama menaiki bot tersadai mabuk laut, aku dan 2 orang lagi dapat juga menaikkan sotong-sotong yang segar. Dalam masa tak sampai 3 jam, dapatlah kami bahagi-bahagikan hasil tangkapan itu kepada setiap orang peserta. Heeeee seronok betul.............


Itulah aku......bagiku hanya inilah caranya untukku menghiburkan hati. Aku yang kesaorangan namun aku tidak membiarkan loneliness membakar diriku. Selain dari memasak untuk mencari rezeki, aku memenuhi masaku dengan melancong dan membuat apa-apa jua yang aku teringin nak buat dari dulu....Mungkin inilah hikmahnya. Dengan kehidupan yang begini aku mampu melakukan apa yang mahu, kalau dulu mesti TAK boleh.........!
No comments:
Post a Comment