Sepatutnya bulan Jan 2013, aku pergi ke Danang bersama-sama anak-anak. Kami memang dah lama plan trip ni, maklumlah susah nak dapat tiga-tiga beranak ni pergi luar dari Malaysia bersama-sama. Normally, aku dan Syaz akan travel bersama sementara Liy plak lebih selesa travelling dengan teman-temannya........Namun tanpa ada warning, aku tiba-tiba kena 'vertigo' attack, berputar-putar alam ni, muntah belilah sampai xde apa nak keluar lagi. Seminggu aku terlantar kat umah, anak-anak melarang aku berbuat apa-apa. Nasib baik masa tu Syaz belum bekerja. Kami minta opinion dari doktor pakar samada aku boleh travel atau tidak......dan yang aku tak suka nak dengar tu yang keluar dari mulut doktor tu...Sebaik-baiknya jangan, takut akan berulang lagi vertigo tu.......Adusssssss, aku iye-iye dah plan nak buat itu dan ini semasa di Hoi An, kini tinggal kenangan je lah. Duit pun hangus pasal AirAsia tak bagi duit hanya point aje yang sampai sekarang point - point tu x dapat dipakai lagi....
 |
| Liy di Koh Phangan |
 |
| Our room in Vang Vieng |
So, aku pun tunggu bulan April sebab aku dah book untuk ke Vientiane dengan Syaz. Selama 6 hari kami di sana, kami hanya sempat berkunjung ke Vientiane dan Vang Vieng sahaja. Teringin nak singgah di Luang Prabang kerana bila aku baca review, LP adalah lebih happening dari Vientiane. Tapi untuk ke LP dari Vientiane dengan menaiki bas memakan masa 10jam. Lama tu, nanti masa habis kat jalan, tu yang kami stick to VTN dan VV sahaja.
Semasa aku di VTN dan VV, seperti mana Thailand dan negara2 IndoChina yang lain, bilik hotel jauh lebih murah dari hotel-hotel di Malaysia. Namun, walaupun murah tapi bersih,kalau dibandingkan dengan hotel-hotel murah di negara kita ni. Makan plak, tak de masaalah kerana di VTN banyak kedai-kedai makan halal begitu juga di VV.
 |
| Depan hotel di Vientiane |
 |
| Pekan Vang Vieng |
 |
| Ini cara kami melihat kawasan sekitar |
 |
| Guna jambatan ni kena bayar tol |
Kat Vientiane kami cuma berjalan sambil melihat tempat-tempat menarik tp di VV kami sewa basikal untuk ke mana-mana. VV ini femes dengan 'tubing' mat sallehlah yg gila-gila buat ni. Kami plak cuba kayuh basikal untuk ke Blue Lagoon yg jauhnya lebih kurang 7 km dengan jalan yang berbatu-batu. Apalagi,pancitlah aku, dahlah panas terik, sehingga baju aku boleh diperah basah dek peluh. Agaknya mmg elok aku duduk kat situ, mesti cepat turun berat badan aku.......hehe.
 |
| Briani telur |
 |
| Nazim restoran Vientiane |
 |
Tour agent
|
Bagi aku, mana-mana tempat yang aku pergi, ada kelebihan dan kekurangan dan dari situ banyak yang aku dapat pelajari, perihal kehidupan manusia ini bak kata orang 'lain padang lain belalang'.
No comments:
Post a Comment