My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Friday, May 10, 2013

Kenanganku......

Dah dua hari aku jadi supir. Hantar anak sedara ke sekolah dan jemput dari sekolah. Adik sepupu aku mintak tolong. Dia tak dapat nak hantar sendiri sebab dia jaga periksa (invigilate) dari pagi hingga ke petang. Kalau aku tak boleh tolong, terpaksalah anak buah aku ni ponteng. Sekolah tu jauh, tak larat nak jalan atau naik basikal. Perkhidmatan bas pun tiada. Jadi aku pun tolonglah. Itu pun nasib baik sebab ada kereta. Anak aku kerja malam so siang kereta dia tak guna. So aku pun jalankan tugas aku dengan penuh dedikasi. Di akhir dua hari itu, aku diberi upah yang aku rasa tak perlu pun kerana pertolongan aku tu kecil sangat. Tapi sepupu aku ni bersungguh-sungguh nak aku ambik duit tu. Mungkin dia memikirkan aku ni bukan orang banyak duit..., minyak, tenaga dan masa aku dah gunakan untuk menolong dia. Akhirnya selepas bertolak-tolak (yelah...kita kena basa-basi jugakkan, takkan nak ambik terus bila orang hulur....orang Melayulah katakan....)aku pun terima. sebenarnya, bukan itu yang aku nak cite kat sini.....aku cuma terkenangkan zaman aku bersekolah dulu. Waktu aku sebaya dengan anak buah aku ni................

Dulu, Lit(walid/abah) aku memang orang susah. Susah means betul-betul susah. Aku ingat lagi, balik dari sekolah, aku duduk menunggu Lit balik dari 'motong getah' atas dahan pokok rambutan. Tunggu dia balik bawak beras untuk dimasak buat makan tengahari. Bayangkan.....berapa punya lapar.....balik dari sekolah...kena tunggu beras datang, dah tu kena tunggu lagi untuk beras menjadi nasi.....! Dah lah kat sekolah tak ada duit belanja. Bekal? Apa yang ada nak bawak bekal? Hidup kami masa tu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Musim hujan kehidupan kami lebih parah. Lit/abah tak boleh kerja. Dia cuma mengait buah kelapa untuk dihantar ke kedai untuk mendapatkan sedikit beras. Pokok kelapa pun bukan banyak, ua tiga batang di keliling rumah aje, so kadang-kadang dapatlah sekilo dua beras, lauknya dah pasti hanya sayur-sayur kampung yang ada di belakang rumah atau nangka muda minta dari jiran. Bagusnya dulu orang tak pandai nak berniaga sangat, so nak nangka muda, pisang muda atau ubi kayu, kalau tak ada tanam sendiri, boleh minta dari jiran-jiran. Sekarang.......kalau minta, orang akan pandang semacam, next kita minta, cepat-cepat dia kata tak ade.......

Acap kali juga sebenarnya kami sekeluarga kena makan bubur saja dan mak selalu ceritakan bagaimana sorang adikku yang waktu itu masih kecik terpaksa tidur dengan perut yang berbunyi-bunyi akibat tak ada makanan yang tinggal, tau-tau jelah, kami yang sedang membesar dan makanan pulak terhad sehingga tak tau yang makanan kami habiskan tanpa ada yang tinggal untuk adik dan mak. Alhamdulillah, sekarang dialah antara adik-adikku yang hidup dengan mewah.....

Itulah antara kenangan yang masih segar dalam ingatanku ini. Kenangan yang pasti akan ku bawa hingga akhir hayatku, kenangan yang selalu menginsafkan aku, seandainya aku mula mengeluh bila memikirkan kepayahan hidupku sekarang.............

Mak/ibu/umi dan abah/walid

Nilah aku masa kecil2 dulu, dengan mak, abang dan makcik.

No comments:

Post a Comment