My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Thursday, May 23, 2013

Terimakasih WP


     Pagi tadi aku pegi Wisma Putra untuk mendapatkan 'certificate of good conduct'. Certificate ni nak digunakan untuk mendapatkan visa buat anakku yang  akan menyambung pelajaran ke luar negara . Aku memang tak pernah pegi Wisma Putra di Putrajaya ni, so aku tak tau exactly kat mana bangunannya. Berkeliling aku di sekitar Precint 2 dan di kawasan sewaktu dengannya dengan
menyusuri pejabat-pejabat kerajaan yang pelbagai di situ.  Untuk mengeruhkan keadaan, sambutan Hari Belia bermula hari ini dan sambutannya dibuat di sekitar Precint 2 tu.Maka jalan pun dah mula sesak walaupun hari masih pagi

     Dah penat berpusing-pusing, aku tak tahan lagi, mata aku melilau mencari insan-insan yang boleh diharapkan untuk membantu dalam pencarianku ini. HA! Itu ada polis, kataku pada anakku yang duduk di sebelah. Terus ku berhentikan kereta dan anakku menurunkan cermin tingkap untuk bertanya. Ok, dah tau kat mana, aku terus saja memandu mengikut direction yang diberikan oleh encik polis yang 'helpful' tu.

     Dah sampai, aku park kereta di tempat yang telah disediakan. Kemudian pergi kat gate ambik 'pass' bagi membolehkan kami memasuki kawasan itu. Masuk saja kawasan lobby, aku terus menuju counter pertanyaan untuk mengetahui ke mana harus kami tuju. Baik dua orang staff yang ada kat situ. Diorang tolong kami menyusun document dan form yang harus kami serahkan, siap bagi paper clip untuk clip gambar atas borang permohonan lagi.  Then kami di beritahu untuk ke counter lain bagi mendapatkan nombor.

     Di sini juga terdapat 2 orang staff wanita yang juga sangat -sangat  'pleasant' Mereka bagi nombor dan check lagi skali document dan borang supaya all in order. Dah tu kami duduk bagi menunggu nombor kami dipanggil. Kami dua beranak sebenarnya dah bersedia untuk duduk menunggu untuk jangka masa yang lama. Syaz siap bawak i-pad untuk menghabiskan masa tapi apa yang terjadi, baru dia on i-padnya, nombor dia dah dipanggil. Dia bangun dan serahkan document serta rm 20 kepada staff wanita di counter 3. Seterusnya dia datang dan duduk kembali sambil memandang i-padnya. Walah....!!!!Tak sempat buat apa, nombor dipanggil sekali lagi dan semuanya dah selesai. Di tangannya dah ada certificate itu berserta resit pembayaran. Wah! Kami berdua macam tak percaya.........!!!!

     Selama ini kalau berurusan dengan pejabat atau ajensi  kerajaan, punyalah lama waktu menunggu yang diperlukan beserta keterpaksaan melihat muka staff-staff yang masam, rasa-rasanya kalau tak terpaksa tak payahlah buat urusan apa-apa pun dengan diorang. Tapi ini, walaupun orang yang datang untuk berurusan ramai, namun staff-staff di situ semua sentiasa tersenyum dan cekap sekali menjalankan tugas mereka. Macam nilah yang public nak, urusan lancar, masa yang singkat, cepat selesai, kita pun cepatlah keluar dari tempat tu, taklah menyibuk lama-lama......

    Syabas ku ucapkan kepada kaki tangan WP2 dan aku harap satu hari nanti perkara sebaik ini akan menjadi budaya di setiap pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan mana-mana jualah, barulah sesuai dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju.........

No comments:

Post a Comment