My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Friday, May 10, 2013

Mencandat lagi (2013)......................


     Tak taulah kenapa, aku minat sangat mencandat sotong ni. Tahun lepas aku pergi, balik aje, terus plan untuk tahun ni punya trip. Adik aku yang sorang ni pun sama je dengan aku minat dengan mencandat Nak kata senang, tak juga. Kalau nasib tak baik, berjam-jam tunggu, sekor pun tak singgah.                        Tahun lepas aku pergi mencandat dengan menyewa bot nelayan menangkap ikan, tapi tahun ni kami bijak skit, kami sewa direct kat tuan punya bot yang memang kerjanya bawak orang mencandat. Botnya lebih selesa.

    Kami keluar ke laut agak lambat, ingatkan tak banyak bot yang ke laut mencandat, ropa-ropanya bila kami sampai port mencandat semua dah kena book. Punyalah banyak bot-bot sampaikan kami terpaksa berpuas hati dengan tempat yang dikenalpasti kurang ummph kerana tak banyak sotong.

   
Pantai depan chalet

Otw to port mencandat

Aku dan adik


Santai2 hingga ke destinasi

     Dah lama kami dok menggoyang tali candat tu, tapi tak jugak dapat. Akhirnya kami cari port lain. Ini terjadi sebanyak 3 kali lagi. Port yang last tu barulah kami hilang mengantuk bila lepas sekor2 naik, ada jugak yang dapat sekali dua ekor. Tapi kejadian yang tak dapat dilupakan ialah sekumpulan ikan yang kelihatan seperti ikan merah datang menghampiri bot kami. Geramnya....nak tangkap tak dapat tak ada net atau tangguk. Tak lama tu sotong plak mengerumuni di sekeliling bot kami. Lagi sekali kami menyesal tak bawak tangguk.....dan sayang sekali aku sendiri tak teringat nak snap gambar sebab terlampau geram tengok sotong-sotong tu. Dekat tapi jauh!!!!Next time bawak net, jangan tak bawak....

     Di akhir waktu mencandat, walaupun banyak masa terbuang tak dapat sotong, dan group2 lain dapat 70 -80 kg,  kami dapat bawak balik 2-3 kg sorang, besar-besar lagi. Cukuplah Alhamdulillah.

     
Siap2 nak naik bot

Dari bot

Boleh  masak

Dia dah dapat, aku belum....

First sotong yang aku dapat

Dia pun dah dapat jugak


Kari sotong yg Pok Joe masak utk dinner

Baru sampai                                                                    

Hero ni pun nak tunjuk kemachoan
   Trip kali ni aku santai-santai. Walaupun drive sorang dan hanya ada mak dalam kete, kami happy. Berhenti bila nak, atau terus memandu tanpa ada stress nak catch-up dengan sape-sape. aku berdoa pada Allah biarlah sihat hendaknya badan aku ni supaya aku dapat beribadah dengan lebihbaik dan menjalankan aktiviti yang aku gemari semuga aku gembira dan tak menyusahkan sesiapa,InsyaAllah.
  
   

     

No comments:

Post a Comment