My family.....

My family.....
Anak2ku, cahaya hidupku!

Thursday, May 9, 2013

Where have you been?



Tajuk kat atas tu bukan sape-sape tanya? Aku yg tertanya-tanya sendiri. Mana taknya almost a year aku tak update blog ni. Aku tau bukan ada sesape yg baca pun, balik2 aku sendiri, tapi macam aku mentioned much-much earlier, blog ni tempat aku curahkan isi hati aku, apa yg aku rasa, apa yg aku alami, tak kisahlah ada yg nk bacake tidak........
Mungkin betul apa anak aku cakap, aku ni hangat-hangat taik ayam, sekejap aje dah sejuk dan bila dah sejuk, hmmmm terletaklah kt situ tak berusik.

Sebenarnya banyak je aktiviti aku dalam masa setahun ni, tapi mostly aku travellah. Tak jauh mane pun, kat Asian countries je, maklumlah aku bukan banyak duit nak pergi Western countries, lagipun tengoklah negara-negara jiran kita dulu, nanti bila dah pergi umrah (InsyaAlah), barulah save duit untuk pergi UK, N.Zealandke,Europeke, tengoklah rezki.........

Terbaru, masa GE13, 5/5/2013, aku jadi petugas 'Barung Agent'. First timelah aku terbabit dalam proses pilihanraya. Dah tua-tua plak baru dapat peluang. Seronok jugak, ada kuasa untuk menegur kesilapan dari pihak SPR.Masa bertugas taklah lama, bertukar setiap dua jam. Bestnya bukan setakat ada kuasa menegur, tapi bagi aku, masa tulah aku dapat berjumpa dengan orang-orang kampung yang begitu lama aku tak jumpa, sampaikan ada yg aku terpaksa renung betul-betul untuk ingat siapakah orang tu. Yg kelakarnya semua dah tua-tua, yelah aku sendiri pun dah 1/2 abad. Hehehe, ada jugak ternampak old flame yg datang dengan wifey dia, tapi tak sanggup menoleh ke arahku pun, agaknya dia malu kot.....Aku macam besa je, dah tak ade rasa pape, I've lost that feeling some 20+ years ago....pleaselah!!!!!!





Untuk parti yg menang, congrats, yg tak menang, tak pe kerja kuat lagi untuk membuktikan yang kita ikhlas dalam perjuangan demi Malaysia dan rakyatnya. InsyaAllah yang benar tetap benar, yg tipu tu......tunggu!!!!!!

No comments:

Post a Comment